Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tahap Perniagaan Antarabangsa - Coggle Diagram
Tahap Perniagaan Antarabangsa
1.Domestik
Menggunakan mata wang tempatan, sistem ukuran, timbangan dan sukatan yang sama.
Terdiri daripada perniagaan runcit dan perniagaan borong.
hanya mengeluar dan menjual atau memasarkan keluarannya bagi memenuhi keperluan dan cita rasa penduduk tempatan
tidak berdepan dengan sekatan dan prosedur yang rumit kerana barang bergerak secara bebas dalam negeri
menjalankan operasi di dalam sesebuah negara dan menjalankan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan dalam lingkungan sempadan sesebuah negara.
Dokumen yang digunakan seperti invois, nota kredit, nota debit, resit dan lain-lain. Sementara bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan cek, bayaran tunai, drafbank, wang pos, bayaran secara dalam talian ('online') dan sebagainya.
Global
Keluaran yang dihasilkan adalah seragam di seluruh dunia tetapi kaedah pemasaran seperti harga, promosi dan agihan adalah berbeza
bertujuan memenuhi keperluan
beroperasi secara global dan mementingkan jualan dan pembelian sumber dari mana-mana negara yang menawarkannya pada harga yang rendah.
mengamalkan konsep sejagat dan menyeluruh dengan menghasilkan produk atau keluaran dan memasarkan secara menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya
syarikat yang beroperasi di pelbagai tempat di merata dunia bertujuan menjalankan perniagaan dan mendapatkan keuntungan-melihat dunia sebagai pasaran tunggal atau satu unit pasaran.
3.Multinasional
syarikat induk memperoleh lebih daripada 25% hasil jualan daripada operasi syarikat subsidiari di negara asing
menyesuaikan produk dan memasarkannya dengan strategi pemasaran yang berbeza
Syarikat subsidiari ini beroperasi sebagai entiti tersendiri di luar negara yang mempunyai fungsi pengilangan, pemasaran, penyelidikan dan sumber manusia.
memberi manfaat kepada negara membangun kerana menyediakan peluang pekerjaan dan berupaya meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan
membuka cawangan atau subsidiari di sebuah atau beberapa buah negara dan cawangan-cawangannya ini akan dikawal oleh ibu pejabat syarikat
syarikat tempatan atau asing yang menjalankan operasi perniagaann disesebuah negara asing.
Antarabangsa
Keadaan pasaran tempatan yang tepu menyebabkan sesebuah perniagaan beralih arah ke pasaran luar negara bagi mengembangkan perniagaannya dan memaksimumkan keuntungan.
menghadapi masalah pertukaran mata wang asing - urus niaga melibatkan lebih daripada satu mata wang dan berdepan dengan nilai mata wang yang sentiasa turun naik.
melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain yang melibatkan kegiatan eksport, import atau pelaburan langsung
persaingan daripada perniagaan tempatan yang terlibat juga perlu dihadapi.
Pelbagai strategi digunakan oleh sesebuah perniagaan yang ingin memasarkan keluarannya ke pasaran luar negara.
Sekatan dan prosedur perniagaan juga lebih rumit seperti duti import, duti eksport dan kuota yang memerlukan perniagaan membuat dokumentasi yang tepat