-Kursus falsafah dan isu semasa yang saya pelajari ini adalah perlu diberikan perhatian yang khusus oleh mahasiswa. Hal ini demikian kerana, kita akan belajar banyak perkara yang di luar jangkaan yang harus kita amalkan secara bersama. Seperti contoh kita akan mempelajari berkaitan aspek pemikiran, nilai-nilai falsafah, kaedah pemikiran, psikologi, dan pelbagai lagi. Kesemua aspek yang dinyatakan adalah berkait antara satu sama lain dalam kehidupan kita. Justeru, apabila kita hayati dan amalkan pastinya kehidupan kita akan menjadi lebih berjaya di masa hadapan.