Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA - Coggle Diagram
KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA
PENGENALAN
Kod etika profesion keguruan sama seperti profesion yang lain seperti kejuruteraan, perubatan dan guamam.
bagi seorang guru mereka perlu mematuhi kod etika ini demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seseorang guru.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid
daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan suatu cara berpakaian , peraturan dan tingkah laku
yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.
Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menhadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang tinggi
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerja sama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebgai sulit dann tidak akan membocorkannya kepadda sesiapa kecuali kepadda mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid.
Mengelakkan diri daripda mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
TANGGUNGJAWAN TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang
yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa ,serta institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan menglaksanannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru