Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABARAN DAN ISU SEMASA DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN…
CABARAN DAN ISU SEMASA DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ISU
Kekurangan prasarana dan sokongan sistem rangkaian internet yang tidak meluas sehingga memberikan kesan kepada capaian kepada internet.
Guru mempunyai kurang kemahiran ICT dan pengetahuan berkaitan penggunaan alatan komputer.
Persepsi guru terhadap kepentingan komputer, guru menggunakan kaedah konvensional yang dirasakan lebih relevan dengan sistem peperiksaan pada hari ini.
Sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan yang hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan.
Jurang ICT dan digital dalam mengakses ICT, mencapai maklumat melalui ICT dan menggunakan maklumat dari ICT.
CABARAN
KEKURANGAN PRASARANA & PENYELENGGARAAN ALATAN
-
Kemudahan alatan teknologi dan ict yang ada di sekolah pada masa kini adalah tidak seragam dan tidak mengikut nisbah murid yang sepatutnya.
KESEDIAAN MURID
-
Murid tidak tahu menggunakan komputer dan alatan teknologi disebabkan oleh latar belakang dan tahap ekonomi murid yang berbeza.
PENGETAHUAN GURU
-
Ketidakcekapan guru dalam mengendalikan alatan teknologi dan tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat .
KESEDIAAN GURU
-
Terdapat guru-guru yang enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran serta tidak bersedia melaksanakan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi
DEFINISI
Proses globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku (Nesbit & Adesope 2006)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi adalah berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat melalui teknologi komputer dan telekomunikasi.
ICT merupakan singkatan daripada perkataan
"Information and Communication Technology"
yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
CADANGAN
Memberi pendedahan kepada kepada guru dan pelajar tentang kepentingan ICT.
Menambah bilangan komputer bersesuaian dengan bilangan pelajar di sekolah.
Menggalakkan penggunaan ICT semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Penambahbaikan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan.
RUMUSAN
Sokongan moral daripada ibu bapa penting untuk membakar semangat pelajar agar sentiasa berusaha mencari ilmu.
Melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi memastikan tiada pelajar yang tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu.
Penggunaan ICT dalam proses PdPC dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah,
Penglibatan pihak swasta dalam pelaksanaan ICT menunjukkan kepekaan mereka dalam perkembangan pendidikan negara.
KEPENTINGAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN GURU & MURID
Memberikan pendedahan terhadap pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti perisian, internet dan sebagainya.
MENJIMATKAN MASA PENCARIAN MAKLUMAT
TIdak perlu lagi mencari akhbar-akhbar lama untuk mendapatkan maklumat, semua maklumat hanya di hujung jari sahaja.
MENINGKATKAN KECEKAPAN & KEBERHASILAN HASIL PEMBELAJARAN
Kemudahan teknologi dapat memudahkan pencarian maklumat berkaitan topik pembelajaran dan mampu memberi penerangan yang lebih jelas terhadap murid-murid.
MENARIK MINAT MURID UNTUK BELAJAR
Penggunaan ICT dalam bilik darjah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan.