Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Isu Semasa (Kes-kes Terpilih), Alam Sekitar, Ekologi - Coggle Diagram
Isu Semasa
(Kes-kes Terpilih)
PENGENALAN
Antara dasar dan prinsip penting yang boleh dan perlu menjadi ikutan kita ialah Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Menggunakan kedua-dua prinsip ini, kita pastinya akan mampu menangani setiap isu dan cabaran yang datang dengan cara yang berhemah, bijaksana dan efisien
Isu-isu yang akan dinyatakan memberi impak kepada rakyat malaysia dan manusia sejagat.
Setiap isu tersebut perlu dilihat dari perspektif tersendiri dengan menjadikan agama, falsafah dan dasar negara serta prinsip nilai hidup yang tinggi sebagai teras apabila membuat keputusan.
ISU ALAM SEKITAR DAN EKOLOGI
Maksud Alam Sekitar & Ekologi
Adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar.
Ekologi sebagai sains memainkan peranan penting dalam memahami pelbagai ekosistem. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dgn persekitaran
Alam Sekitar Persekitaran budaya, ekonomi, sosial, biologi dan fizikal yang membolehkan semua makhluk hidup bertahan dan mengekalkan generasi mereka Ia juga merupakan sifat yang merangkumi semua makhluk hidup di Bumi serta semua jenis makhluk yang tidak bernyawa.
Komponen berkaitan Alam Sekitar & Ekologi
Agensi Berkaitan Alam Sekitar & Ekologi di Malaysia
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Jabatan Meteorologi Malaysia
membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari
Jabatan Perhilitan
bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia.
Taman negara di Sabah terletak di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah
Taman negara di Sarawak di bawah Perbadanan Perhutanan Sarawak
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984
Isu Alam Sekitar & Ekologi
pemanasan global
hujan asid
pencemaran udara
pencemaran air
pengurangan kawasan hutan / penebangan pokok
Faktor-Faktor Krisis Alam Sekitar & Ekologi
Sikap Manusia yang rakus mengeksploitasi alam tanpa batas dan sikap tidak bertanggungjawab dengan membuang plastik, toksik, sampah, sisa radioaktif dan lain - lain
Pembangunan yang pesat dan tidak seimbang dapat menyebabkan pencemaran di laut, darat dan udara
Krisis Alam & Ekologi Dunia
Mempunyai kaitan dengan dua orang pemikir barat iaitu Rene Descartes dan Isacc Newton
Ia telah membentuk paradigma Cartesian-Newtonion.
Atas dasar andaian kosmologi bahawa alam raya ini adalah sebuah mesin raksasa yang mati dan statik. Alam ini betul-betul hampa dan kosong daripada nilai kerohanian.
sesuatu yang berada di luar kesedaran subjek termasuk tubuh manusia dianggap sebagai mesin yang bekerja menurut hukum matematik yang bersifat kuantitatif
kesannya sebahagian masyarakat Barat enggan mengurangkan kegiatan ekonomi di atas bumi yang membinasakan alam sekitar
ISU HAK ASASI MANUSIA
Maksud: Hak yang dimiliki oleh semua insan :<3:
Isu-isu berkaitan HAM
Laporan negara tentang amalan HAM 2018 di Malaysia:
-Laporan pembunuhan yang menyalahi undang-undang
-Rasuah
-Buruh kanak-kanak
-Pemerdagangan orang
-Isu ICERD (hangat dibincangkan pada tahun 2019)
Dalam Konteks Malaysia
Pihak yang bertanggungjawab dalam isu HAM:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM)
-Ditubuhkan oleh Parlimen dibawah akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597.
-Fungsi SUHAKAM: menasihati & membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.
Kaitan Hak Asasi Manusia(HAM) dengan Islam
Menurut perspektif Islam:
-HAM adalah satu bentuk anugerah Allah
-Ada batasannya
-Bertunjangkan prinsip keadilan
-Maqasid Syariah
Menurut perspektif Barat:
-Lebih cenderung kpd konsep kedaulatan & kebebasan individu semata-mata
-Bersifat mutlak
-Kesannya: lahir pelbagai corak kehidupan manusia moden, membawa ketamadunan manusia ke belakang, & mengulangi kesilapan lampau.
Dua Sudut Kefahaman Hak Kemanusiaan:
Perundangan
Moral
Bidang falsafah & Sains Politik
Empat kebebasan utama:
Kebebasan daripada ketakutan
Kebebasan untuk berkemahuan
Kebebasan hak untuk bersuara
Kebebasan kepercayaan
GLOBALISASI, REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN JATI DIRI BANGSA
GLOBALISASI
Maksud: satu fenomena yang menjadikan dunia semakin kecil dari segi perhubungan disebabkan oleh kepantasan teknologi maklumat
Berlaku dalam pelbagai dimensi seperti globalisasi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan teknologi (mempunyai kesan positif dan negatif)
Globalisasi ekonomi
Walaupun banyak kebaikan, keburukan daripadanya juga besar
Punca utama kesan negatif: Sifat & ciri kapitalisme
Digunakan oleh kapitalis Barat khususnya Amerika untuk menguasai ekonomi dunia
Melalui agensi ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)
Melalui dasar liberalisasi ekonomi:
Negara-negara membangun dikawal & ditekan dengan kemasukan modal asing tanpa batas
Kuasa-kuasa kapitalis berlumba-lumba meningkatkan hasil pengeluaran & mengukuhkan cengkaman ekonomi, dan terbinanya kuasa imperalis dalam bentuk baharu
Globalisasi keagamaan
Telah menumbuhkan kefahaman pluralisme agama
Terbahagi kepada sekurang-kurangnya 2 aliran yang berbeza iaitu
Teologi Global
dan
Kesatuan Transenden Agama-agama
Sebagai contoh, aliran pertama berpendapat bahawa kesemua unsur global iaitu dunia dicirikan tanpa batas geografi, kebudayaan, ideologi, teologi & kepercayaan perlu dilebur @ disesuaikan dengan tuntutan zaman moden
Kelompok ini juga percaya yang agama-agama berevolusi dan saling mendekati sehingga akhirnya tiada lagi perbezaan antara satu sama lain
REVOLUSI INDUSTRI
Satu perubahan secara besar-besaran dalam bidang pertanian, pembuatan, pengangkutan dan teknologi
Revolusi 1.0 pada abad ke-18 (penemuan mesin wap dlm proses penghasilan barangan)
Revolusi 2.0 pada awal abad ke-20 (penemuan tenaga elektrik)
Revolusi 3.0 (penemuan teknologi komputer & robot)
Revolusi 4.0 (penemuan teknologi baharu seperti
teknologi robotik
, IoT,
AI
, data analitik,
pemprosesan imej
, perisian,
sistem kominkasi mudah alih
, keselamatan siber,
simulasi
& integrasi sistem digital)
KESAN GLOBALISASI DAN RI 4.0 DALAM PENDIDIKAN
POSITIF
Pemesatan perkembangan ilmu pengetahuan,
Penggunaan teknologi &inovasi baharu dalam PnP
Kesamarataan peluang pendidikan formal & bukan formal
NEGATIF
Kurangnya pengkomersialan pendidikan
Peminggiran bahasa ibunda
Perubahan gaya hidup ke arah amalan-amalan negatif
JATI DIRI BANGSA
Kebijaksanaan adalah penting untuk mendepani isu globalisasi & RI 4.0 agar jati diri bangsa yang bermaruah tinggi & merdeka dapat dipertahankan serta memanfaatkan perkembangan yang berlaku
Permasalahan yang perlu dihadapi warga Malaysia rentetandaripada fenomena tersebut:
PPSMI
Konsep kewarganegaraan global
Ketagihan teknologi digital
Aliran pluralisme & liberalisme dalam kehidupan
PENUTUP
Apabila kita berfikir dengan menggunakan falsafah sebagai wasilah akan menjadikan setiap orang berani untuk menganalisis sesuatu perkara dengan radikal, menyeluruh integral dan jujur demi untuk mencari kebenaran dan berpegang teguh kepadanya.
Tiga isu yang dianggap paling asas telah pun dikemukakan. Namun ia boleh dikembangkan lagi dengan puluhan isu yang berlaku secara globalisasi
Alam Sekitar
Ekologi