Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MAQASID SYARIAH: KEPERLUAN ZAMAN, CABARAN SEMASA, MAQASID SYARIAH:…
MAQASID SYARIAH: KEPERLUAN ZAMAN, CABARAN SEMASA
Maqasid Syariah
Tujuan yang ingin dicapai oleh syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan masyarakat.
Tujuan Maqasid Syari’ah adalah untuk memelihara lima perkara, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta demi mengekalkan maslahah dan menjauhi mafsadah (kerosakan).
Pemeliharaan Agama
Pandemik Covid-19 telah menimbulkan beberapa kekangan kepada umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Muslim.
Tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat atau hanya sebahagian yang dibenarkan untuk solat di masjid.
-
Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan dalam Islam, pemeliharaan agama berasaskan dua peraturan ketat, iaitu ‘azimah dan rukhsah.
‘Azimah
Hukum asal yang disyariatkan pada permulaan, dan bukan kerana suatu keuzuran.
Dalam keadaan biasa, peraturan berasaskan ‘azimah diberikan keutamaan
Rukhsah
-
Contoh rukhsah ialah mengqasarkan solat, bertayammum dan sebagainya.
Dalam keadaan tertentu (keadaan sukar), Islam membenarkan umatnya mengikuti rukhsah.
Amalan mengikuti rukhsah ini adalah untuk mengelakkan mafsadah. Oleh itu, dalam pandemik, larangan solat Jumaat di masjid juga boleh dilaksanakan untuk mengelakkan penularan virus Covid-19.
-
Pemeliharaan Nyawa
-
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha misalnya pengenalan Standard Operating Procedure (SOP), kemudahan kesihatan (hospital, pusat kuarantin), penyediaan maklumat yang tepat, pemberian vaksin dan sebagainya.
Ada segelintir ahli masyarakat yang meragui usaha-usaha tersebut kerana mereka tidak mendapatkan maklumat yang tepat berkaitannya serta berlakunya situasi “tsunami maklumat” dalam kalangan masyarakat sehingga
mempengaruhi tindakan mereka untuk menolak sesetengah peraturan yang dilaksanakan.
-
Pemeliharaan Akal
-
Bagi masyarakat, tekanan dirasakan apabila mereka terpaksa “berkurung” di rumah kerana sekatan pergerakan dan ada sesetengahnya kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji, tidak boleh bertemu ahli keluarga.
-
Pemeliharaan Keturunan
Beberapa kejadian keganasan rumahtangga dan penderaan anak yang berlaku semasa pandemik boleh menggugat pemeliharaan keturunan.
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah melaporkan bahawa kes keganasan rumah tangga meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama antara Mac hingga September 2020.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila masyarakat sekeliling sukar mengenal pasti kejadian tersebut atau memberikan bantuan kerana terkurung di rumah masing-masing.
Pemeliharaan Harta
-
Pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan Malaysia misalnya dalam bentuk bantuan kewangan secara langsung, moratorium, perlindungan takaful (untuk kumpulan B40) dan sebagainya.
Dr. Aznan Hasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyuarakan pendapatnya dalam program Expert Consultation, bahawa lebih banyak bantuan boleh diberikan kepada rakyat mahupun peniaga kecil dan sederhana.
Pada pandangan beliau, ini adalah masa yang sesuai untuk menggerakkan peranan sektor ketiga terutamanya wakaf untuk membantu masyarakat dan golongan peniaga bagi merancakkan semula ekonomi negara
MAQASID SYARIAH: KEPERLUAN
ZAMAN, CABARAN SEMASA (Matlamat Utama & Asas)
Matlamat Utama
Ilmu tentang Maqasid Syariah atau matlamat Syariah menurut Prof. Hashim Kamali adalah ilmu yang penting namun dipinggirkan, Namun hari ini, disebabkan beberapa faktor, ia mula mendapat perhatian terutama oleh mereka yang ingin mengetengahkan Syariah Islam dalam bentuk yang lebih selari dengan tuntutan zaman.
-
Menurut Sejarah
ilmu maqasid ini datang agak lewat dan Maqasid Syariah hanya muncul pada abad ke-14 melalui karya tulisan Imam al-Syatibi (m.1388) tokoh ulama Andalusia bermazhab Maliki, melalui karyanya al-Muwafaq
kemudian, kedudukannya diperkukuhkan menjelang abad ke-20 melalui tulisan Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur (m.1973), tokoh ulama Tunisa dalam karyanya Maqasid al-Shari’ah al-Islamiyyah.
Intipati Perbahsan
Bidang ini tertumpu kepada usaha mengenalpasti tujuan di sebalik hukum Syariah sama ada menerusi penyataan mengenainya oleh al-Qur’an secara jelas atau melalui takwilan mengenai semangat hukum yang terdapat disebalik mesej-mesej Qurani.
Matlamat-matlamat kemudiannya ini disimpulkan dalam satu susunan keutamaan dan dijadikan kerangka besar dalam memandu kefahaman mengenai falsafah dan tujuan Syariah secara keseluruhan.
-
Perkembangan Zaman
disebabkan dengan perkembangan zaman, terdapat beberapa ulama cenderung untuk menambah bilangan matlamat asasi yang lima
disebabkan dengan perkembangan zaman, terdapat beberapa ulama cenderung untuk menambah bilangan matlamat asasi yang lima
penambahan matlamat-matlamat ‘baru’ dalam Maqasid Syariah juga menimbulkan perdebatan mengenai apakah asas yang digunakan untuk menentukan matlamat-matlamat tersebut
Maka apa-apa tambahan terhadap matlamat Syariah haruslah tidak terlepas dari kerangka wahyu dan pandangan alam Islam yang sebenar.
Pastinya yang ingin dielakkan
ialah Maqasid Syariah, yang pada asas dan asalnya merupakan bidang ilmu yang penting dan relevan dalam memandu kepada penyelesaian pelbagai isu semasa, berkemungkinan digunakan bagi tujuan yang tersasar.
-