Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN, NUR AZMAWATY BT ABDUL AZIZ PAKK 1 - Coggle…
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN
Teori Pembelajaran Behavioris
guru telah bersedia menyediakan matlamat, objektif pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik, realistik dan boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran dan pengajaran bermula
contoh, guru akan mengajar kemahiran menambah dan menolak sesuai dengan aras murid yang lemah, sederhana dan tinggi.
guru yang mengajar step by step, dan mengaplikasikan teknik peneguhan dan hukum kesediaan dengan betul semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menulis tulisan jawi. Guru tersebut akan mengajar kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang pensel sehinggalah kemahiran yang lebih besar seperti boleh menghasilkan tulisan jawi dengan cantik dan kemas
Teori Pembelajaran Kognitif
guru berupaya mempersembahkan sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih khusus.
contoh, murid perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan air sebelum mengenal haiwan tersebut sama ada berdarah panas atau sejuk.
guru perlu bertindak sebagai pemudah cara kepada murid-murid untuk belajar.
Contohnya, guru perlulah menyediakan segala alat, bahan dan sebagainya bagi membantu murid memahami konsep jisim dan berat sama ada ditunjukkan dalam bentuk gambar, simulasi, lakonan
Teori Pembelajaran Konstruktivis
seseorang guru berupaya memilih pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik untuk mengajar rakannya yang lain.
Contoh guru akan memilih beberapa orang pelajar yang sudah memahami dan menguasai topik pecahan dalam matematik kepada beberapa kumpulan untuk membimbing murid yang masih belum menguasai topik pecahan.
guru menggalakkan pelajar melaksanakan tugasan secara berkumpulan.
guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kemudian menyuruh mereka mencari maklumat mengenai tempat bersejarah di Malaysia. Ini akan menggalakan interaksi sesama mereka.
Teori Pembelajaran Sosial
guru tersebut menggalakkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.
Contohnya, guru telah menjadikan seorang murid tahun enam yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan cemerlang dalam akademik sebagai model untuk dicontohi oleh para pelajarnya.
Teori Pembelajaran Humanis
guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang mempunyai pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori humanis bagi menjadikan pembelajaran menjadi lebih efektif
Contoh, ada pelajar yang belum bersarapan atau mengantuk didalam kelas. Apabila guru boleh menghidu situasi murid yang sebegini, guru tersebut perlu memberi ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk murid yang mengantuk untuk tidur sekejap.
NUR AZMAWATY BT ABDUL AZIZ PAKK 1