Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HAJI ABDUL MALIK KARIM ABDULLAH (HAMKA) - Coggle Diagram
HAJI ABDUL MALIK KARIM ABDULLAH (HAMKA)
LATAR BELAKANG
BIOGRAFI
Dilahirkan pada 17 Februari 1908: 14 Muharram 1326H di perkampungan kecil (Sungai Batang)
Ketika berusia 17 tahun, beliau telahpun aktif dalam bidang dakwah sehingga menubhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah.
Beliau dibesarkan dengan tradisi Minagkabau
Turut aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah
Beliau menyertai pertubuhan pada tahun 1925 untuk menentang khurafat, bidaaah, tarekat dan kebatinan sesat (Padang Panjang)
Tahun 1928, beliau mengetuai cawangan (Muhammadiyah)
Tahun 1929, beliau mendirikan Pusat Latihan Pendakwah Muhammadiyah di Makassar.
Tahun 1946, beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat
Tahun 1950, beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Jogjakarta.
1 more item...
PENDIDIKAN
Hamka sewaktu kecil digelar Malik dan minat membaca atau belajar sendiri
Berkesempatan belajar di perguruan Thawalib yang dipimpin oleh ayahnya tetapi tidak sempat menamatkan pembelajaran
Sewaktu belajar di Thawalib, Malik bukanlah seorang yang pandai. Malah, malas belajar dan suka ponteng sekolah. Beliau gemar mengembara dengan mengunjungi perguruan pencak silat, mendengar senandung dan kaba
Setelah keluarganya bercerai, Malik berhenti sekolah dan secara tersembunyi membaca karya-karya sastera (Bahasa Melayu dan Bahasa Arab)
Pendidikan awal bermula pada usia 6 tahun di Sekolah Dasar Maningjau
Kemudian, dimasukkan di sekolah desa di Padang Hasil
Tahun 1961-1923, beliau belajar di sekolah madrasah (Diniyyah School dan Sumatera Thawalib)
Tahun 1924, beliau berhijrah ke Jawadan berguru dengan Haji Omar Said Chakraminoto dan belajar sehingga Gred 2
Kemudian, beliau menguasai Bahasa Arab walaupun tidak mendapat pendidikan formal hingga ke perguruan tinggi
PERANAN HAMKA DALAM TAMADUN ISLAM
Menjadi guru besar Ilmu Sejarah Islam dan Kajian Tasawwuf Islam di beberapa pusat pengajian tinggi
Hamka telah bergerak cergas untuk membantu dan bergerak aktif bagi memperkukuhkan pemerintah dan rakyat Indonesia
Hamka terkenal sebagai pendakwah Islam yang berkebolehan tinggi dan pidatonya sentiasa menarik perhatian pendengar
Peranan penting bersama-sama para pemimpin dan pejuang untuk melawan Belanda
Aktif dalam Gerakan Muhammadiyyah untuk membanteras khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat
Guru agama di sebuah sekolah di Perkebunan Tinggi pada tahun 1927 dan pada tahun 1929, mengaajr di Padang Panjang
Berkhidmat sebagai Pegawai Tinggi Agama setelah meletakkan jawatan selepas Presiden Sukarno memberinya dua pilihan sama ada mahu menjadi pegawai kerajaan atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslim Indonesia.
Memegang jawatan sebagai Ketua Umum yang pertama di Majlis Ulama Indonesia (MUI)
SUMBANGAN
PENDIDIKAN
Tahun 1929, menjadi guru agama di Padang Panjang.
Tahun 1927, Hamka dilantik menjadi guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan
Tahun 1957-1958, beliau dilantik menjadi pensyarah di Universitas Islam Jakarta dan Universitas Muhammadiyyah, Padang Panjang
Hamka turut memberikan sumbangan besar dalam bidang Pendidikan terutama ilmu sejarah.
Masjid al-Azhar telah dimanfaatkan oleh beliau sejak tahun 1952 yang menjadi pusat dan markas untuk penyebaran dakwah Islam.
Hamka sangat menekankan soal pendidikan contohnya Hamka menekankan bahawa pengalaman hidup merupakan unsur pendidikan yang mendidik manusia secara tidak langsung. Bukan itu sahaja, dalam penulisan Hamka juga, beliau berpesan tentang kepentingan Pendidikan rohani dan akhlak dari diri manusia.
POLITIK
Pada tahun 1925, beliau menjadi ahli Sarekat Islam dan selepas kemerdekaan, beliau muga bergiat aktif dalam parti majlis Syura Muslimin Indonesia atau lebih dikenali sebagai Masyumi.
Hamka dilantik sebagai ketua bagi Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada tahun 1977
Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menyatukan umat Islam agar bersama-sama memperjuangkanIslam dalam bidang politik. Namun begitu, parti masyumi ini tidak bertahan lama apabila ia tekah dibubarkan oleh Presiden Sukarno pada 5 Julai 1959
CABARAN
DIPENJARAKAN
Hamka pernah dipenjarakan pada tahun 1960 an. Zaman pemerintahan Sukarno dan ketika komunis bermaharajalela selain ditangkap, buku-buku beliau juga ada yang dibakar. Di dalam penjara inilah beliau melahirkan kitab Tafsir Al Azhar yang menjadi bacaan ummah sekarang. Penahanan tubuhnya dalam sangkar besi itu tidak dapat membunuh semangatnya untuk terus beribadah kepada Tuhannya.
PERMULAAN MENJADI PEMIDATO DAN PENULIS
Pada tahun 1925, beliau yang berusia 17 tahun dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap penerbitan majalah yang digelar Khatibul Ummah yang bermaksud tukang pidato umat oleh ayahya
Ironinya, pelatikan beliau bukan kerana bakat dan kelebihan mahupun kemahirannya malah kerana benci dari kawannya sendiri yang mengusulkan nama
METODE DAKWAH
DAKWAH BIL HIKMAH
Hikmah boleh difahami oleh semua. Hamka mengatakan bahawa hikmah ini meliputi seluruh manusia di mana ia menurut perkembangan akal fikiran dan budi pekerti.
Hikmah bermaksud kebijaksanaan iaitu berdakwah dengan menggunakan akal budi yang mulia, lapang dada dan mempunyai hati yang bersih agar dapat menarik perhatian orang lain terhadap agama Islam.
MAUIZATUL HASANAH
Mauizatul Hasanah boleh dimaksudkan sebagai nasihat, peringatan atau pengajaran yang baik yang diungkapkan dengan kata-kata atau bahasa yang baik, sopan dan beradab dan disampaikan dengan cara yang baik. Metode ini mampu untuk menarik minat manusia untuk mendengar pengajaran agama Allah dan tidak menyebabkan mereka liar atau lari. Ia mementingkan ketukan hati secara berhemah dengan memahami latar belakang sasaran dakwah dan penyampaian yang baik, ikhlas dan jujur sehingga sasaran dakwah merasakan bahawa pendakwah benar-benar ingin menolongnya atau membimbingnya.
MUJADALAH BILLATI HIYA AHSAN
Mujadalah Billati Hiya Ahsan ini ialah berbahas atau berbincang dengan seseorang atau pihak yang lain mengenai sesuatu perkara dengan mengemukakan hujah masing-masing sama ada menyokong atau menentang.
Ia juga boleh diertikan sebagai perbincangan atau dialog antara pendakwah dengan sasaran dakwah dengan menggunakan kata-kata yang lemah lembut, rasa kasih sayang dan dengan cara yang termudah melalui saluran-saluran yang biasa digunakan untuk menyenangkan pihak sasaran menerima mesej yang hendak disampaikan itu.