Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KARANGAN JENIS LAPORAN :pencil2: - Coggle Diagram
KARANGAN JENIS LAPORAN :pencil2:
Format
Tajuk laporan - ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap awal perkataan kecuali kata sendi, kata hubung dan kata sandang. Tajuk mestilah digariskan
Isi - ditulis dengan perenggan pendahuluan dan diakhiri dengan perenggan penutup
Pengakuan pelapor - ditulis langkau sebaris dari perenggan penutup. Huruf besar digunakan bagi huruf pertama dan diakhiri dengan tanda koma
Tandatangan pelapor - ditulis di bawah pengakuan pelapor
Nama dan jawatan - nama ditulis menggunakan huruf besar iaitu di bawah tandatangan pelapor. Nama jawatan yang diwakili ditulis menggunakan huruf besar pada awal setiap kata dan diakhiri dengan tanda noktah
Cadangan soalan
Kelab Karate merupakan antara kelab yang paling aktif di sekolah anda kerana sering mengadakan pelbagai aktiviti. Anda sebagai setiausaha Kelab Karate perlu menyediakan laporan tentang aktiviti yang dilakukan oleh kelab itu.
Tema - Aktiviti Kelab Karate
Fokus - Jenis-jenis aktiviti
Sasaran - pihak sekolah
Cadangan isi 1
Isi- Melakukan aktiviti memanaskan badan untuk meregangkan otot-otot badan
Huraian- Mengelakkan kecederaan semasa melakukan senaman
Peribahasa- Mencegah lebih baik daripada mengubati
Contoh - Sensei, iaitu guru Karate menunjukkan cara melakukan senaman
Cadangan Isi 2
Isi - Berlatih pergerakan 'Kata' yang diajar oleh sensei
Huraian- Sensei membetulkan murid-murid yang melakukan pergerakan yang salah
Kesan- Murid-murid dapat belajar daripada kesalahan mereka dan melakukannya dengan betul pada masa akan datang
Murid-murid berasa gembira kerana mendapat sensei yang berdedikasi dan bersabar semasa mengajar murid-muridnya. Sabar itu separuh daripada iman.
Cadangan Isi 3
Isi - Melakukan 'Kumite' iaitu berlawan
Huraian- Sensei menunjukkan pelbagai teknik yang mujarab kepada murid-murid
Contoh - Sebagai contoh, 'Kikite' dan cara menumbuk yang paling efektif
Kesan- Murid-murid dapat mempertahankan diri mereka sekiranya berdepan dengan situasi yang berbahaya.
Peribahasa- malang tidak berbau