Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.