Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDIDIKAN DI DALAM ISLAM MENURUT KACA MATA AL-QURAN DAN HADIS - Coggle…
PENDIDIKAN DI DALAM ISLAM MENURUT KACA MATA AL-QURAN DAN HADIS
DEFINISI
Pendidikan ialah kata nama terbitan daripada kata akar yang membawa maksud jaga, pelihara dan ajar.
Perkataan pendidikan juga bersinonim dengan ajaran, latihan, tarbiah, pelajaran, bimbingan, asuhan dan tunjuk ajar.
KONSEP
Secara umumnya pendidikan boleh diertikan sebagai kaedah untuk mengembangkan kemahiran, tabiat, dan sikap yang diharapkan dapat menjadikan seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya.
Dalam pandangan Islam sendiri, pendidikan mempunyai tempat yang paling utama, di mana manusia diharapkan dapat menempatkan diri sebagai khalifah di muka bumi yang berilmu dan tidak melupakan Tuhan.
Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berhenti menuntut ilmu kerana ilmu tersebar dengan begitu meluas.
Al-Quran yang menjadi pedoman dan panduan hidup yang tertinggi bagi seluruh umat Islam dengan jelas menyatakan kepentingan pendidikan.
HADIS
Hadis tentang kepentingan ilmu
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapalah yang menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi”
Terdapat lagi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika berumur sepuluh tahun (jika masih tidak bersolat)”
Antara sabda-sabda yang pernah diungkapkan oleh baginda tentang kelebihan menuntut ilmu ialah: Ilmu itu hidupnya(jiwanya) dan Islam tiang agamanya. Sesiapa yang berbicara tentang ilmu bererti memuji Tuhan. Sesiapa yang berusaha mencari ilmu beerti menyembah Tuhan. Sesiapa yang mengajar ilmu, Allah menyempurnakan pahalanya dan sesiapa yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya, Allah akan menunjukkan hal-hal yang belum diketahuinya. Sesungguhnya malaikat-malaikat menghantarkan segala sayap bagi orang yang menuntut ilmu dan redha dengan apa yang dituntutnya.
Tindakan atau cara Nabi Muhammad SAW dalam bidang pendidikan
✔ Rasulullah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas bimbingan dan didikan kepada golongan musabiqun al-awwalun di rumah Abi bin Abi al-Arqam.
✔ Baginda melantik beberapa orang individu dalam kalangan sahabat baginda untuk menjadi guru di Madinah.
✔ Badinda juga telah memperluaskan fungsi masjid sebagai tempat untuk mendapatkan pendidikan.
✔ Pendidikan tidak terfokus kepada persoalan akidah semata-mata malah menyentuh soal kekeluargaan, masyarakat, peraturan serta tindak tanduk dalam hidup.
AL-QURAN
Proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali lagi apabila Allah SWT
menciptakan Nabi Adam AS.
Bukti: Dalam Surah al-Baqarah ayat-31, yang bermaksud “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman “Terangkanlah kepadaku nama benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar””.
Paradigma pendidikan dalam Al-Quran tidak lepas dari tujuan Allah menciptakan manusia itu sendiri iaitu penyerahan diri secara ikhlas kepada Pencipta yang terarah kepada mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Zariyyat ayat 51, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
Mahyuddin (2001)
✔ Perkataan akal dalam Al-Quran diulang sebanyak 49 kali dan kebanyakannya diungkapkan dalam bentuk perbuatan.
✔ Dalam ilmu bahasa Arab, ungkapan dalam bentuk ini membawa maksud selalu menggunakan akal dan berfikir.
✔ Hal ini menunjukkan bahawa al-Quran sering merangsang dan menggalakkan manusia supaya menggunakan akal untuk berfikir.