Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu
KONSEP
satu perancangan/prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik.
merupakan langkah langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.
kaedah yang di cadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut: natural, tatabahasa terjemahan, terus, ajuk hafaz, linguistik, kod kognitif, bahasa komuniti
KAEDAH NATURAL
Berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif
Tidak begitu menekankan rujukan kepada analisis gramatikal
Bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej .
Penguasaan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran
Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis , iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat peringkat
Teori pembelajaran bahasa menurut pendekatan ini melibatkan dua cara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan dan pembelajaran.
KAEDAH TERUS
Disampaikan
berdasarkan empat asas tertentu
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda @ ayat dengan fikiran atau sebaliknya
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman sedia ada
Timbulkan perasaan ingin tahu murid dengan soalan soalan yang dirancang
Pengajaran harus berpandukan lunas lunas murid mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu
Mengutamakan bahasa lisan , kemahiran mendengar mendahului kemahiran bertutur
Murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajarkan , terjemahan tidak digunakan
Tidak mempelajari sebarang undang undang tentang bahasa yang hendak dipelajari
Sebutan yang betul diutamakan , ini memerlukan pengetahuan ilmu fonetik
Ulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan
Harus mempelajari sesuatu secara keseluruhan
Harus mempelajari sesuatu yang mudah terlebih dahulu dan kemudian bergerak kepada yang lebih rumit .
KAEDAH ORAL AURAL
Satu kaedah mendengar dan bertutur
Kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.
Menggunakan dialog untuk menghafaz
Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul
Alat pandang dengar digunakan dengan meluas
Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransur ansur.
Setelah murid kuasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis
KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN
Juga dikenali sebagai kaedah Klasik (Palmer).
Dirancang untuk memberikan kemahiran menulis .
Rumusan tatabahasa dijelaskan dengan panjang lebar.
Kaedah ini menentukan perbendaharaan kata diberi pada awal pelajaran.
Terjemahan adalah difikirkan sebagai satu cara yang penting dalam mempelajari perbendaharaan kata.
Kata kata itu diberi dalam bentuk terasing daripada konteks. Kata kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa. Hukum hukum ini dihafaz sebagai cara menguasai bahasa itu.
Isi atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, hanya sebagai latihan tatabahasa yang menggunakan terjemahan ke dalam bahasa ibunda.
KAEDAH LINGUISTIK
Membandingkan dua bahasa itu, iaitu di antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid murid sama ada bahasa itu bahasa ibunda ataupun bahasa bahasa lain
Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid murid.
Mendahulukan bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi bunyi dilakukan terhadap bunyi bunyi yang sama dalam kedua dua bahasa itu
Pengetahuan fonetik adalah sangat mustahak
KAEDAH AJUK HAFAZ
Dilakukan melalui demonstrasi dan latih tubi . Pengajaran demonstrasi oleh guru harus berkaitan dengan tatabahasa , pertuturan , perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati murid murid dikehendaki mengajukkannya
Murid dikehendaki menterjemahkan perkataan demi perkataan . Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dalam bahasa ibunya
Guru hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan .
KAEDAH TERJEMAHAN
Aktiviti menterjemah
Meningkatkan kesedaran terhadap fungsi konteks
Gunakan teknik koperatif pelajar berbincang dan membandingkan hasil terjemahan masing masing dan memutuskan hasil terjemahan yang terbaik
Pasca aktiviti terjemahan
Meningkatkan kesedaran menerusi terjemahan
Pelajar membandingkan dan membincangkan hasil terjemahan mereka dan mengisi carta perbandingan.
Aktiviti pra terjemah
Mengintegrasikan terjemahan dan kemahiran membaca
Guru memulakan pengenalan mengenai topik yang berkaitan dengan masyarakat dan budaya Melayu
Guru mengeluarkan beberapa kata kunci bahasa Inggeris yang diketahui oleh pelajar dan perkataan yang tidak diketahui oleh pelajar di dalam teks dan menulis dalam bahasa Melayu di papan hitam .
Pelajar dalam kumpulan membaca teks dan mengenal pasti padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan di papan hitam dalam teks .
Guru meminta setiap kumpulan mengemukakan jawapan dan membandingkan jawapan masing masing .
KAEDAH KOD
KOGNITIF
Berasakan golongan mentalis iaitu melihat bahasa sebagai satu kreativiti mental
Kaedah ini mementingkan bacaan dan tulisan, aspek tumpuan ialah kepada sintaksis dan morfologi
Murid mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari, menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi generatif
Menggalakkan peningkatan kemampuan kreatif murid
Kaedah ini amat mementingkan makna