Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Pentaksiran-Bilik-Darjah-PBD - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
ASPEK YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
-
-
:star: Pelaporan PBD
:fire:Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
-
ISU DAN PERMASALAHAN YANG BERLAKU DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
- Kesediaan guru dalam menghadapi Teknologi Komunikasi dan Maklumat.
:star: Menurut Mohd Haidzir (2019), menyatakan bahawa guru masih lagi percaya bahawa penilaian sumatif dan berbentuk tradisional adalah penilaian yang terbaik untuk menentukan kebolehan dan kemajuan murid dalam mata pelajaran tertentu.
:star: Masih ramai guru yang tidak mempunyai kemahiran yang cekap dalam bidang penggunaan TMK sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah serta penilaian terhadap tahap pencapaian dan penguasaan murid.
- Pengetahuan dan penguasaan mengenai konsep PBD
:star: Menurut kajian Abdul Zubir (2007), mendapati bahawa hampir separuh daripada kalangan guru-guru yang terlibat dengan kajian beliau tidak pernah menerima latihan atau pendedahan secara khusus atau secara formal.
:star: Pengetahuan dan pelaksanaan PBD dalam kalangan segelintir guru hanya berdasarkan buku panduan atau bahan bacaan yang diperolehi daripada laman sesawang ataupun daripada rakan sejawat.
- Pentaksiran berpusat kepada peperiksaan atas kertas dan pensil (Exam Oriented)
:star: Menurut kajian Wan Mohd Zuhairi (2004), menyatakan bahawa banyak pentaksiran yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus kepada menamatkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan berpusat kepada persediaan untuk menduduki peperiksaan.
:star: Negara Malaysia masih lagi terikat dengan pentaksiran berdasarkan peperiksaan yang menyebabkan masyarakat sangat mementingkan gred bagi anak mereka berbanding dengan kemahiran Pendidikan Sepanjang Hayat yang diperlukan di masa hadapan murid tertentu.
:star:Menurut Ghafar (2011), menyatakan pentaksiran merupakan proses mengukur, proses penilaian secara bersistematik yang melibatkan aktiviti pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran.
:star: Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.