Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGERTIAN MAZHAB - Coggle Diagram
PENGERTIAN MAZHAB
PERKEMBANGAN MAZHAB
Hukum-hukum fiqh yang dipetik daripada al-Quran dan as-Sunnah akan dianalisa & dirumus melalui suatu proses penyelidikan (istinbat) hukum yang dinamakan sebagai Usul Fiqh. Proses istinbat hukum berjalan secara sederhana pada zaman awal pembinaan hukum Islam iaitu sekitar era sahabat,Tabiin & Tabi' al-Tabiin.Ia berlanjutan selama 350 tahun.
Zaman Rasulullah S.A.W.(13 sebelum Hijrah-11 Hijrah)
Keperluan kepada Usul Fiqh pada zaman Rasulullah S.A.W. masih belum wujud kerana Baginda S.A.W. merupakan sumber hukum bagi setiap permasalahan.Oleh itu,ijtihad tidak berlaku pada zaman tersebut.Bagaimanapun Nabi S.A.W. telah mendidik sahabat supaya berijtihad terutama sewaktu berjauhan daripada Baginda S.A.W. di mana tidak memungkinkan mereka untuk bertanya terus kepada Rasulullah S.A.W apabila timbul sesuatu permasalahan hukum.Ini dibuktikan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal sewaktu beliau dihantar oleh Rasulullah S.A.W ke Yaman sebagai hakim sepertimana yang dinyatakan dalam hadith baginda
Zaman sahabat (11H-101H)
Selepas kewafatan Baginda S.A.W.,keperluan kepada ijtihad semakin nyata.Kegiatan ijtihad pada era ini tidak sulit kerana para sahabat mempunyai banyak maklumat tentang al-Quran,as-Sunnah,riwayat hadith,asbabul nuzul & rahsia-rahsia perundangan.Mereka juga terlibat secara langsung sewaktu syariat Islam diwahyukan malahan turut menyaksikan secara berhadapan tahap-tahap hukum tersebut diturunkan
Zaman Tabiin & Tabiin (101H-350H)
Generasi Tabiin & Tabi' Tabiin telah berhadapan dengan pelbagai fenomena semasa yang tidak berlaku pada zaman sebelumnya seperti pembukaan kota-kota baharu,pergaulan orang ajam dengan orang Arab & pertembungan pemikiran antara agama & budaya.Pertembungan sosial ini menyebabkan penguasaan bahasa arab merosot & sekaligus mempengaruhi keupayaan ijtihad.Namun ijtihad masih berkembang aktif dengan lahirnya pelbagai aliran ijtihad.
Di sekitar Hijaz,terutamanya di Madinah,perbicangan hukum dikuasai oleh Fuqaha al-Hadith.Manakala di Iraq,kajian-kajian Fiqh dimonopoli oleh Fuqaha al-Ra'y yang berpusat di Kufah & Basrah. Pada pertengahan abad kedua hijrah,perkembangan dalam pembinaan hukum Islam menjadi semakin berkembang dengan lahirnya seorang mujtahid agung yang menguasai keilmuan kedua-dua aliran al-Hadith dan aliran al-Ra'y iaitu Imam Muhammad Ibn Idris al-Syafie
Kelima-lima aliran ini berada dalam lingkungan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.Selain daripada itu,terdapat juga para mujtahid dari kalangan Syiah seperti Imam Zayd Ibn Ali Zain al-Abidin (80H-122H) & Jaafar Sadiq (80H-164H).Sebenarnya masih banyak lagi para mujtahid yang menjadi imam & mempunyai aliran ijtihad sendiri tetapi kemudian para pengikutnya berkurangan,fatwa-fatwanya ditinggalkan kerana tidak dicatat
FAKTOR KELAHIRAN MAZHAB
-
Perbezaan fahaman & mentafsir hadith Rasulullah S.A.W dari segi kedudukan sesuatu hadith itu lemah atau sahih
-
-
-
Mazhab Hanafi
Nama beliau ialah Nu'man bin Thabit.Nama timangannya ialah Abu Hanifah.Beliau terkenal dengan panggilan al-Imam al-A'zam(Imam Besar) kerana terlalu banyak ilmunya.Beliau dilahirkan di Kufah(Iraq) pada tahun 80H iaitu pada zaman sahabat Nabi S.A.W. bersamaan dengan tahun 699M.Beliau wafat pada tahun 150H iaitu bertepatan dengan tahun kelahiran Imam Syafie bersamaan dengan tahun 767M.
Ilmu yang mula-mula dipelajari oleh Imam Abu Hanifah ialah ilmu kalam.Kemudian beliau mempelajari ilmu perundangan Islam(fiqh) di Kufah dari seorang guru yang bernama Hamad bin Abi Sulaiman
Ilmu perundangan pada zaman beliau banyak menggunakan pendapat Abu Hanifah yang dipindahkan melalui murid-muridnya yang menulis & mencatat pendapat beliau itu
PERWATAKAN IMAM ABU HANIFAH
-Seorang yang bersih jiwanya & baik hati.
Petah bercakap serta mempunyai hikmah yang dalam.
-Seorang yang tajam akal & dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak & menjawab pertanyaan dengan licin serta memecahkan kebuntuan dengan senang.
-Seorang yang sangat pemurah tidak tamakkan harta.
-Seorang yang banyak beramal ibadah serta zuhud & warak
Mazhab Maliki
Nama Imam Malik bin Anas.Nama timangannya ialah Abu Abdullah.Bapanya bernama Anas bin Malik bin Anas(Abu 'Aamir)bin Omar al-Haris.Beliau dilahirkan di Madinah.Satu perkara yang luar biasa telah berlaku ke atas dirinya iaitu beliau berada di dalam kandungan ibunya selama 3 tahun. Menurut satu riwayat,Imam Malik dilahirkan pada tahun 95H bersamaan tahun 713M.Menurut satu riwayat lain beliau dilahirkan pada tahun 93H.Beliau meninggal dunia pada tahun 179H bersamaan dengan tahun 795M.Beliau mempunyai susuk badan yang tinggi.Kepalanya botak & rambutnya pula putih seperti janggutnya.Cuma bezanya ialah janggutnya berwarna putih kemerahan
Di Madinah beliau dianggap seorang yang paling alim dalam ilmu hadith & fiqh.Beliau juga seorang mujtahid yang diakui dalam mengeluarkan hukum.Beliau juga seorang yang terkemuka di dalam ilmu hadith & jujur semasa meriwayatkan hadith.Imam Malik telah berguru dengan beberapa orang guru
Madinah merupakan tempat munculnya mazhab Imam Malik kerana beliau dilahirkan di bandar suci itu.Selepas itu mazhab tersebut berkembang hingga sampai ke Hijaz & diikuti oleh orang-orang Maghribi(Morocco) & Andulus(Sepanyol).Mazhab Imam Malik(Maliki)berkembang di Hijaz,seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Khaldun.
Beliau telah mengarang sebuah kitab hadith yang terkenal yang diberi nama Al-Muwatta'.Susunan kandungannya ialah secara bab demi bab seperti susunan bab-bab dalam ilmu fiqh.Imam Malik bersandarkan & berpegang dengan al-Quran & al-Hadith dalam setiap ijtihadnya
Mazhab Syafie
Nama beliau adalah Muhammad bin Idris. Imam Syafie dilahirkan di Gaza iaitu pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan dengan tahun 767M.Tidak beberapa lama selepas beliau dilahirkan,ayahnya telah meninggal dunia & tinggallah Imam Syafie dalam jagan ibunya. Ketika beliau berumur 30 tahun Imam Syafie telah melangsungkan perkahwinannya dengan Hamidah binti Nafi',cucunda kepada Saidina Othman bin 'Affan.
Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.
Menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadith. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith.
Mazhab Hanbali
Nama bagi pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur.” Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir.
-
-
Menggunakan kemampuan mereka untuk memahami nas-nas al-Quran & as-Sunnah bagi menerangkan kepada masyarakat.
Aliran fikiran, aliran pendapat atau fahaman dalam sesuatu bidang pengetahuan tertentu.