Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABARAN GLOBALISASI, Solusi, Solusi, Solusi, kesihatan Awam, Cabaran…
CABARAN GLOBALISASI
CONTOH CABARAN
Ekonomi
- Perbezaan jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan yang besar (B40, M40, T20)
- Situasi pandemik global menyebabkan banyak kegiatan ekonomi terkesan, menyumbang kepada krisis ekonomi negara
-Malaysia mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya masalah-masalah yang melibatkan generasi muda. Antara isu-isu yang perlu dititikberatkan adalah dari segi obesiti dan rokok serta penggunaan vape dalam masyarakat Malaysia.
-Terdapat statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa 10,000 rakyat Malaysia yang mati setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok. Tabiat ini boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit terutama penyakit kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan mati pucuk.
Cukai
Cukai yang dikenakan kepada negara luar berbeza antara setiap negara.
Negara yang mempunyai cukai yang rendah, menjadi tarikan kepada pelabur luar, menyebabkan Malaysia sukar untuk mendapat pelabur dari luar
Pengaruh tamadun Barat dalam pelbagai aspek (ekonomi, sosial, politik)
Hilangnya jati diri seseorang islam atau Asia akibat arus globalisasi kebudayaaan kebendaan tamadun barat moden. Hal ini kerana kebanyakan negara yang mempunyai kesan jajahan Barat telah memberi kesan kepada masyarakat islam dan asia dari aspek ekonomi, institusi politik dan nilai budaya. Contohnya, rancangan hiburan, muzik dan filem yang mempunyai banyak unsur negatif. Kemudian, tamadun Barat telah dijadikan piawai untuk menilai pencapaian ketamadunan manusia dan akhirnya mengukuhkan dominasi barat. Walaupun negara yang dijajah barat telah merdeka, namun kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara.
DEFINISI CABARAN
Definisi Cabaran = :fire: Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka , 3. sesuatu unsur, faktor, dan sebagainya yang mencabar dan menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. :fire:
-
Solusi
Malaysia perlu meningkatkan lebih usaha bagi rangka kerja percukaian supaya menjadi lebih progresif. Kerajaan perlu meningkatkan kesedaran dalam masyarakat dengan menyampaikan info tentang kepentingannya dalam menstabilkan ekonomi. Negara harus ambil tindakan dengan saluran cukai yang telus bagi memenuhi keperluan rakyat. Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia telah menyatakan bahawa kutipan hasil kerajaan amat rendah seperti cukai pendapatan, cukai jalan dan perkhidmatan. Menurunkan kadar cukai tidak menjadi keperluan semasa kegawatan tetapi terdapat rekomendasi dengan membuat penangguhan cukai dalam waktu yang diberi seperti yang dillakukan di negara maju Jepun, Kanada dan lain-lain kerana ia dapat membantu menurunkan beban mereka dan selaraskan semula kewangan mereka dalam waktu yang terdekat. Namun, bagi kerajaan Malaysia cukai secara ansuran yang berkait dengan pendapatan lebih baik kerana jika membuat penangguhan cukai akan terdapat peningkatan dalam belanjawan dan lebih meningkatkan beban kewangan negara. Ini dapat imbangi keperluan perbelanjaan bulanan kerajaan dengan 'çashflow' dari ansuran cukai yang telah dibayar.
Solusi
-Untuk menangani kes obesiti, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak untuk mengamalkan cara pemakanan sihat. Tambahan pula, ini dapat dikukuhkan lagi jikalau kerajaan dapat memudahkan akses makanan sihat seperti merendahkan harga bahan makanan sihat.
-Selain itu, cara untuk menangani masalah merokok dan vape ialah menghentikan sumber itu sendiri. Ini akan menyukarkan mereka untuk mendapat sumber rokok dan vape dan akhirnya berhenti mengamalkannya.
Solusi
Meningkatkan Keupayaan Rakyat Selangor Kepada Pekerja Berkemahiran Tinggi (skilled worker) melalui Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
-Kerajaan Negeri merangka strategi bagi mengurangkan jurang pendapatan kaya dan miskin dengan mewujudkan generasi muda berkemahiran tinggi (skilled workers) yang akan mendapat gaji atau upahan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat di Negeri Selangor. Kemahiran- kemahiran yang diperlukan adalah seperti industri minyak & gas, semikonduktor, elektrik & elektronik dan pembangunan bidang teknologi maklumat & komunikasi (ICT), advance robotic, big data dan perkakasan.
-
-
Cabaran merupakan perkara yang baik untuk negara kita kerana dapat membantu :
✅ Negara supaya peka dengan cabran semasa dan berusaha untuk mengatasi cabaran tersebut dengan cemerlang.
✅Rakyat akan berganding bahu untuk menyelesaikan sesuatu cabaran
✅Negara dapat sentiasa bertungkus-lumus untuk memperbaiki kelemahan berasaskan cabaran yang dihadapi,dan kemudian ini akan menjadikan negara kita lebih maju
-