Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Alamiyah - Toleransi dalam Islam - Coggle Diagram
Alamiyah - Toleransi dalam Islam
Alamiyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang.
Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu.
Toleransi berasal dari bahasa latin "Tolerare" yang bermaksud dengan sabar membiarkan sesuatu.
Malaysia mempunyai amalan pelbagai kaum samada dari segi agama, kepercayaan, cara hidup dan adat resam. Maka, ia perlu dihormati kerana setiap agama mengajar penganutnya untuk hidup berbaik-baik antara satu sama lain.
Toleransi dalam konteks Islam bererti sikap dan perbuatan yang melarang wujudnya diskriminasi terhadap golongan yang berbeza atau tidak dapat diterima oleh majoriti dalam kalangan masyarakat.
Toleransi antara umat beragama bermaksud suatu sikap manusia sebagai umat beragama dan mempunyai keyakinan untuk menghormati dan menghargai manusia yang berbeza anutan agamanya.
Contoh Amalan Toleransi Beragama
Membaiki tempat-tempat umum seperti masjid
Gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal
Membantu mangsa kemalangan jalan raya
Membantu orang yang ditimpa musibah atau bencana alam
Mengapa wujud agama yang berbeza?
Manusia mencari Tuhan dengan cara yang berbeza. Perbezaan itu merupakan perkara yang baik kerana melalui perbezaan itu, timbul rasa toleransi dan saling menghargai.
Usaha Mewujudkan Sikap Toleransi dalam Beragama
Tidak memaksa seseorang untuk memeluk agama tertentu
Menyemai sikap menghargai dan hormat-menghormati antara umat beragama.
Mematuhi peraturan keagamaan samada dalam agama yang dianut atau dalam peraturan negara
Menghilangkan rasa saling curiga terhadap penganut agama lain.
Memahami setiap perbezaan yang wujud antara agama dalam kehidupan bermasyarakat.
Sikap saling tolong-menolong antara sesama umat yang tidak membezakan kaum, agama dan budaya.