Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU - Coggle Diagram
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN
CABARAN
1) Penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kurang diambil berat.
2) Menurut Mohd Asraf (2005), bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan antarabangsa dan pengaruhnya tersebar luas ke seluruh dunia sehingga tidak ada negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris.
3) Penerapan bahasa Inggeris dalam beberapa mata pelajaran sebagai contoh pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
4) Sikap penutur yang berasa malu serta tiada kesungguhan dalam menggunakan bahasa Melayu yang menabl dalam diri penutur serta menganggap bahasa Melayu ketinggalan zaman
5) Penguasaan bahasa Melayu dalam pendidikan yang tidak konsisten menyebabkan ia tidak berjalan dengan lancar dan menimbulkan masalah pengukuhan bahasa Melayu
MASA DEPAN
1) Penutur bahasa Melayu akan semakin berkurang dan tidak dititikberatkan dalam pendidikan
2) Bahasa ibunda akan terkubur ditelan zaman jika hal ini berterusan kerana tiada penerus generasi yang memartabatkan bahasa Melayu
EKONOMI
CABARAN
1) Penutur bahasa Melayu tiada keyakinan berkaitan kebolehan bahasa Melayu dalam bidang perniagaan, saham, korporat, perbankan dan sebagai.
2) Tidak dijadikan bahasa yang meluas dalam urusan perdagangan sehingga dikatakan tiada nilai kerana apabila menggunakan bahasa Melayu ia menyebabkan urusan ekonomi menjadi sukar
MASA DEPAN
1) Tidak menjadi suatu perkara yang janggal apabila semua urusan ekonomi menggunakan bahasa Inggeris
2) Imej sebagai orang Melayu menjadi semakin pudar
3) Pengaruh luar akan terus berpengaruh di Malaysia jika hal ini berterusan. Sebagai contoh pengaruh bahasa Inggeris.
PENTADBIRAN KERAJAAN
CABARAN
1) Tidak ada kesedaran dalam diri berkaitan makna bahasa
2) Tiada pengukuhan falsafah dalam kehidupan serta tidak memahami identitas negara menyebabkan bahasa Melayu dipandang rendah
3) Sikap pemimpin yang tidak mengambil berat penggunaan bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran kerajaan serta tidak fasih dalam bahasa Melayu.
4) Penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah masih tidak ditingkatkan dan diperkembangkan. Sebagai contoh mahkamah-mahkamah atasan seperti Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Penggunaan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah masih janggal dan kurang di ambil perhatian.
5) Kelonggaran syarat dalam kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM bagi dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41.
MASA DEPAN
1) Bahasa Melayu akan terus terpinggir dalam pentadbiran
2) Bahasa Inggeris akan terus berpengaruh dalam segala urusan pentadbiran di Malaysia jika hal ini tidak diambil tindakan
3) Rakyat juga akan kurang fasih dalam berbahasa Melayu