Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
AYAT MAJMUK, Contoh:, Ayat yang mengandungi kluasa komplemen yang…
AYAT MAJMUK
Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang mempunyai dua klausa atau lebih dengan menggunakan kata hubung gabungan
Seperti dan, tetapi,atau,lalu,lagi,serta,malah, dan lain-lain
Contoh ayat, Jamal menanam jagung
dan
kacang
Ayat gabungan yang menggunakan perkataan (sambil) boleh disongsangkan.
Contohnya, Gadis itu menyambut kami
sambil
tersenyum apabila disongsangkan Sambil tersenyum, gadis itu menyambut kami.
Ayat majmuk gabungan juga boleh dibentuk tanpa menggunakan kata hubung iaitu dengan menggunakan jeda atau tanda koma (,) sebagai tanda hentian seketika. Gabungan ini digelar gabungan hubungan parataksis.
Contoh, Daud mengetuk pintu, membukanya, masuk ke dalam.
Pembentukan ayat majmuk gabungan dibentuk dengan gabungan unsur-unsur yang berlainan manakala unsur yang sama disebut hanya sekali
i) Gabungan subjek dengan subjek. Contoh ayat, Aminah
dan
Aishah ke bandar.
ii) Gabungan predikat dengan predikat. Contoh Adik ke bilik lalu bersalin pakaian.
iii) Gabungan objek dengan objek. Contoh Saya melawat
datuk
dan
nenek
.
iv) Gabungan pelengkap dengan pelengkap. Contoh Kakak menjadi guru
atau
jururawat?
v) Gabungan keterangan dengan keterangan. Contoh Budak itu bercakap
cepat
tetapi
jelas
.
vi) Gabungan penerang dengan penerang. Contoh Baju
biru
dan
hijau
itu mahal.
vii) Gabungan klausa dengan klausa. Contoh Kam Wai rajin tetapi adiknya malas.
viii) Gabungan menggunakan kata hubung yang berpasang. Contohnya Lelaki itu bukan sahaja baik tetapi juga pemurah.
Jenis gabungan
1)
Gabungan yang susunan faktanya bertuturan
. Gabungan ini menunjukkan susunan fakta satu demi satu atau untuk menunjukkan pertambahan dalam sesuatu ayat. Dengan menggunakan kata hubung
seperti,lalu,lagi,serta,sambil,tambahan,pula,malahan
,dan lain-lain
Contoh Orang tua itu membuka kasut, masuk lalu memberi salam
2)
Gabungan yang susunan faktanya bertentangan
. Jenis ini menunjukkan pertentangan fakta dalam klausa yang digabungkan. Kata hubung yang digunakan ialah
tetapi,sebaliknya, padahal
dan lain-lain.
Contoh Ramlan meminati muzik tetapi anaknya langsung tidak meminatinya.
3)
Gabungan susunan fakta menunjukkan pilihan
. Jenis ini membawa pilihan antara dua kemungkinan atau lebih. Kata hubung yang digunakan ialah
atau
.
Contoh Anis sedang tidur atau masih belajar.
4)
Gabungan menggunakan kata hubung berpasangan.
Kata hubung yang digunakan ialah
daripada....lebih baik, lebih baik....daripada, sama ada....atau,
dan lain-lain.
Contoh gadis itu bukan sahaja cantik malahan sopan pula.
Campuran
Definisi
Ayat yang mengandungi lebih daripada 1 jenis klausa, iaitu terdiri daripada campuran klausa bebas dengan pelbagai jenis klausa tak bebas
Ayatnya biasanya panjang kerana di dalamnya terkandung beberapa klausa daripada pelbagai jenis
CONTOH
Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk dijual bagi mendapatkan wang saku.
Ayat ini ialah ayat majmuk campuran kerana mengandungi 1 klausa bebas dengan klausa keterangan
Klausa bebas: lelaki itu menjolok buah kelapa
Klausa keterangan: untuk (buah kelapa) dijual / bagi (lelaki itu) mendapatkan wang saku
Terdapat sekurang-kurangnya 3 klausa
CONTOH
(a) Nasri belajar bahasa Inggeris (b) sebelum dia berangkat keluar negara (c) supaya dapat berkomunikasi di tempat belajarnya.
1 Klausa bebas: (a)
2 klausa/ lebih klausa tak bebas: (b) dan (c)
Kami akan ke bandar apabila Hassan dan Kamarudin tiba dari kampung.
Klausa bebas: kami akan ke bandar
Klausa keterangan: apabila Hassan tiba dari kampung / apabila Kamarudin tiba dari kampung
Klausa gabungan: Hassan dan Kamarudin tiba
Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana dia menghidap penyakit yang disebabkan oleh makanan beracun.
Klausa pertama - klausa bebas: orang tua itu segera di bawa ke hospital
Klausa kedua - klausa majmuk (kerana terdapat klausa relatif yang dipancangkan ke dalam klausa keterangan)
Klausa keterangan: kerana dia menghidap penyakit
Klausa relatif: yang disebabkan oleh makanan beracun
(a) Kerana ingin membebaskan tebusan, (b) polis menyerbu tempat itu (c) dan berakhirlah operasi pembebasan (d) yang telah berlangsung selama dua hari.
Klausa bebas: (b)
Klausa keterangan: klausa (a) gabung dengan klausa (b)
Klausa relatif: (d)
Pancangan
Relatif
Ayat yang menggunakan kata hubung relatif yang.
Dikenali juga sebagai ayat peluas kerana klausa relatif berfungsi meluaskan frasa subjek atau frasa predikat.
Klausa relatif akan menjadi klausa tidak bebas yang menerangkan klausa bebas.
Contoh:
Baju yang berwarna merah itu sangat mahal
(Terdiri daripada 2 klausa)
*baju itu sangat mahal + baju itu berwarna merah
Jenis
Peluasan subjek
Ayat majmuk yang terhasil berfungsi sebagai subjek ayat.
Contoh: Budak itu meminta maaf
Berfungsi meluaskan subjek ayat.
Contoh: Lelaki yang berdiri di situ / jiran adik saya.
*Perkataan 'yang' selain berfungsi sebagai penanda ayat majmuk relatif, turut digunakan sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa yang terbina daripada nama + yang.
Contoh: Benda yang bulat datang bergolek
(Yang bulat datang bergolek.)
Peluasan predikat
Berfungsi untuk meluaskan predikat ayat.
Contoh: Peserta / menunggu di bilik yang telah disediakan.
*Dianggap kesalahan bahasa jika klausa relatif yang berfungsi sebagai subjek diletakkan pada bahagian akhir dalam ayat songsang.
*Dalam hal ini, partikel -lah atau -kah sebagai partikel pementing predikat mesti digunakan.
Contoh: Merekalah yang datang tadi.
Komplemen
Definisi
Jenis-jenis
(i) Ayat komplemen frasa nama
(ii) Ayat komplemen frasa kerja
(iii) Ayat komplemen frasa adjektif
(iv) Ayat komplemen berstruktur ayat penyata + ayat tanya
Contoh (ii)
Mereka beranggapan
bahawa
cerita itu palsu.
*Mereka beranggapan cerita itu palsu.
Semut berhenti merayap.
*Semut berhenti + Semut merayap
Contoh (iii)
Saya yakin bahawa dia amanah
Saya betul-betul insaf bahawa mereka miskin
Contoh (i)
Untuk kita berjaya dalam pengajian sangat sukar. (frasa nama subjek)
Bahawa tuduhan itu dusta. (frasa nama objek tepat)
Contoh (iv)
Saya belum tahu siapa akan pergi (makna tidak kepastian)
Dari mana dia datang tidak kami ketahui. (Ayat tanya & ayat pasif)
Pencemaran air berlaku di laut yang diakibatkan oleh tumpahan minyak. (kata hubung relatif)
*Pencemaran air berlaku di laut yang mana diakibatkan oleh tumpahan minyak.
Keterengan
Ayat najmuk keterangan mengandungi satu klausa bebas dan satu atau lebih klausa tak bebas yang berfungsi sebagai keterangan kepada prediket. Klausa menerangkan huraian lanjut dan menegaskan makna klausa bebas
CONTOH
Pernain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terialu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kera dalam ayat utama, laitu Pemain
hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman
Contoh-contoh kata hubung dalar ayat keterangan:
kerana, ole, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala.
sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun,
walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagal, macam, bak, umpama.
Pasif
Ayat pasif boleh terbina dalam bentuk ayat majmuk
Apabila ayat aktif hendak dipasifkan, frasa nama yang menjadi objek akan mengalami penjudulan.
CONTOH
(i) Ayat majmuk gabungan
Ayat aktif: Ali membeli buku dan Nafiz membeli beg.
Ayat pasif: Buku dibeli oleh Ali dan beg dibeli oleh Nafiz.
(ii) Ayat majmuk relatif
Ayat aktif: Abang membeli rumah yang besar itu.
Ayat pasif: Rumah yang besar itu dibeli oleh abang.
(iii) Ayat majmuk komplemen
Ayat aktif: Kami mengetahui bahawa perkara itu dusta.
Ayat pasif: Bahawa perkara itu dusta kami ketahui.
(iv) Ayat majmuk keterangan
Ayat aktif: Ibu menyuruh kami membantu supaya pekerjaan itu cepat selesai.
Ayat pasif: Kami disuruh oleh ibu membantu supaya pekerjaan itu cepat selesai.
(v) Ayat majmuk campuran
Ayat aktif: Ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang lahir dalam tahun 2002 yang akan mula bersekolah minggu hadapan.
Anak-anak yang lahir dalam tahun 2002 yang akan mula bersekolah minggu hadapan didaftarkan oleh ibu bapa.
Contoh:
Saya beranggapan
bahawa
dia tidak bersalah
Memang sukar
untuk
datuk menebang pokok yang besar.
Ahli persatuan menyusulkan
supaya
tabung kebajikan ditubuhkan.
Kami meminta
agar
permohonannya itu diterima.
Ayat yang mengandungi kluasa komplemen yang berfungsi untuk melengkapkan ayat tersebut. Ayat komplemen ditandai oleh kata hubung bahawa, untuk, supaya dan agar.
Definisi
Aiman, Arianna, Aini, Nazihah, Liyana