Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)…
Huraikan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pada abad ke-20.
Pendahuluan
Selepas Perang Dunia Kedua, Thailand telah mengambil inisiatif menyertai organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hubungan luar ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antarabangsa dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.
Thailand secara rasmi telah menjadi anggota PBB yang ke-55 pada tahun 1946.
PBB memberi penghormatan kepada Thailand dengan menjadikan Bangkok sebagai ibu pejabat PBB bagi rantau Asia Tenggara.
Bangkok sering menjadi pusat perbincangan dan ibu pejabat bagi agensi PBB seperti Food and Agriculture Organization (FAO) dan United Nations Children's Fund (UNICEF).
Thailand membantu PBB dalam melaksanakan pelbagai program dalam aspek sosial, ekonomi dan ketenteraan.
Ketenteraan
Thailand memainkan peranan dalam membantu PBB menamatkan pergolakan yang berlaku di dunia.
Sehubungan ini, Thailand menghantar pasukan tenteranya untuk berkhidmat di bawah panji PBB sebagai tentera pengaman.
Contohnya, Thailand terlibat dalam usaha PBB bagi menamatkan konflik di Korea.
Selain itu, Thailand melibatkan pasukan tenteranya dalam operasi PBB seperti menghantar pegawai tentera untuk berkhidmat di Iraq dan Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM), dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq.
Jelas ternyata, Thailand memainkan peranan utama dalam membantu PBB melalui bantuan ketenteraan.
Kepimpinan PBB
Thailand turut terlibat secara aktif dalam pelbagai agensi dan majlis yang ditubuhkan dalam PBB.
Terdapat beberapa pemimpin dari Thailand pernah berkhidmat secara aktif dalam pengurusan PBB.
Contohnya, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung PBB ke-11 dari tahun 1956 hingga 1957.
Nai Pate Sarasin, bekas Menteri Luar Thailand telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pada 1957.
Pada 1985 hingga 1986, Thailand dilantik sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB.
Pelantikan ini dianggap sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh PBB dalam mempertahankan keamanan dan kemakmuran dunia.
Menyelesaikan konflik Kemboja
Thailand berusaha mencari penyelesaian politik yang menyeluruh dalam isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung.
Thailand mencadangkan agar permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan memberi hak kebebasan rakyat Kemboja.
Cadangan ini diusulkan untuk menentukan nasib rakyat Kemboja dan menerima sokongan daripada ahli Perhimpunan Agung PBB.
Sokongan ini menjadi faktor penting bagi pengunduran tentera asing dari Kemboja.
Pada 1991, Thailand menjadi tuan rumah dua mesyuarat yang diadakan di Pattaya.
Wakil pihak Kemboja bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi menyelesaikan politik.
Hal ini membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober.
Tuntasnya, Thailand memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik di Kemboja dengan bantuan PBB.
Pendidikan
Thailand turut memainkan peranan dalam melaksanakan pelbagai program pendidikan anjuran PBB.
Contohnya, Thailand menjadi tuan rumah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) bagi Asia Pasifik pada tahun 1961.
Malah, aktiviti UNESCO dimasukkan dalam kempen kebangsaan menentang buta huruf di Thailand.
Selain itu, usaha diambil bagi memelihara dan memulihara Sukhothai sebagai tapak sejarah di bawah naungan UNESCO.
Pada 1990, Thailand menjadi tuan rumah Persidangan Dunia mengenai Pendidikan untuk Semua (WCEA).
Persidangan ini ditaja bersama Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP),UNESCO dan Bank Dunia.
Tegasnya, pelbagai program pendidikan anjuran PBB turut dilaksanakan oleh Thailand.
Penutup
Kesimpulannya,Thailand memainkan peranan secara aktif sebagai anggota PBB bermula dari tahun 1946.
Sebagai anggota PBB, Thailand membantu PBB dalam melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh agensi dan majlis PBB.
Di samping itu, tokoh-tokoh dari Thailand turut memainkan peranan dalam pengurusan dan kepimpinan tertinggi PBB.
Malah, Thailand turut memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik yang tercetus di Kemboja dan kawasan lain di serata dunia.
Jasa dan sumbangan Thailand menerima penghargaan dari PBB apabila pemimpin Thailand diberi peluang untuk memegang jawatan tinggi dalam PBB.