Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kelemahan infrastruktur digital membantut perkembangan pendidikan nasional…
Kelemahan infrastruktur digital membantut perkembangan pendidikan nasional
Tiada kemudahan
Gadget atau peralatan elektronik yang agak mahal
Asas internet di kawasan pendalaman
Pencawang yang agak terhad bagi sesetengah tempat
kurangnya pengetahuan terhadap perkembangan ict atau digital pada masa kini
peruntukkan yang tidak mencukupi daripada pihak kerajaan
Antara sebabnya
Tidak semua orang iaitu pelajar mampu untuk membeli alat elektronik seperti komputer riba dan telefon pintar ada yang perlu berkongsi dengan adik beradik mereka kerana keluarga mereka tidak mampu untuk membeli telefon pintar mahupun komputer riba untuk anak-anak mereka.
Tiada peruntukkan daripada kerajaan yang berkaitan infrastruktur digital kerana tiada modal yang mencukupi di mana peruntukkan tersebut menggunakan modal yang banyak serta kos pembinaan yang tinggi.
pelajar atau guru yang mempunyai masalah talian untuk mengakses internet lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di pendalaman yang agak sukar untuk mendapatkan capaian internet. Hal ini demikian, mereka perlu pergi ke bandar semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang bagus.
guru-guru atau murid yang masih kurang dalam pengenalan sistem ict atau digital
Terdapat disesetengah tempat yang tiada pencawang untuk kemudahan mengakses internet kerana apabila ingin memasang pencawang tersebut, ia bergantung kepada faktor kawasan untuk mereka meletakkan pencawang di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun jika ada pencawang yang jauh dari kawasan perumahan akan menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan talian internet yang stabil.
Akibatnya
-
Pelajar yang tiada atau mempunyai masalah kemudahan digital juga sukar untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian. Justeru itu, perkembangan pendidikan nasional juga boleh terbantut sekiranya masalah ini berterusan.
Langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah ini
Pelajar juga perlu mendalami ilmu teknologi supaya dapat memahami serta mengakses maklumat berkenaan pembelajaran dengan lebih mudah.
Guru atau para pengajar yang kurang berkemahiran dalam penggunaan teknologi perlu mengikuti kursus yang berkenaan bagi memudahkan proses pembelajaran secara digital.
Pihak Kementerian Pendidikan mahupun pihak kerajaan perlu memperluaskan lagi penyediaan kemudahan komputer juga capaian internet yang stabil kepada pelajar yang kurang berkemampuan serta mereka yang tinggal di kawasan pedalaman bagi memudahkan mereka dalam mengikuti pembelajaran atas talian.
Kelebihan penggunaan digital terhadap pendidikan
Mudah diatur dan dirakam
: -
Pelajar dapat mengakses maklumat dengan lebih mudah melalui:
-
Sesi rakaman :
Perisian video langsung membolehkan guru untuk merakam pelajaran dan berkongsi keseluruhannya atau bahagian yang terpilih kepada pelajar sebagai rujukan.
-
Melalui folder yang dikongsi :
Semua pelajar boleh mengakses log soal jawab, rakaman video, dokumen, dan banyak lagi bahan daripada folder yang dikongsi dalam talian oleh guru mereka.
Penggunaan dokumen dalam talian :
Bagi guru, penggunaan Google Drive amat membantu kerana ia membolehkan mereka membuat dan berkongsi dokumen dan folder, serta menjejaki kerja rumah dan ianya juga memudahkan mereka untuk bekerjasama antara guru lain mengenai bahan untuk pelajar.
Manakala pelajar pula, mereka boleh mengakses folder bersama yang sudah disusun oleh guru untuk mereka. Mereka juga boleh menanyakan soalan yang tidak difahami mengenai apa sahaja dan soalan tersebut akan dijawab oleh guru atau rakan pelajar yang lain.
Fleksibiliti
: Pelajar yang tinggal di kawasan yang jauh dari tempat belajar atau mereka yang memerlukan pengangkutan awam untuk ke tempat belajar boleh mengikuti pembelajaran di mana sahaja seperti di rumah, tanpa perlu berulang alik.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan teknologi digital ini juga memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan nasional. Hal ini dapat dilihat melalui aplikasi yang dicipta seperti google classroom, google drive dan sebagainya telah memudahkan para pelajar dan juga para pendidik menjalankan pembelajaran mereka.Justeru itu, bagi mereka yang kekurangan ilmu ataupun sumber mengenai infrastruktur digital ini , hendaklah mereka mencari penyelesaian untuk mengatasinya.Selain itu, pihak kerajaan juga berperanan dalam memperluaskan lagi infrastuktur digital ini. Akhir sekali, usaha ini perlu dititikberatkan bagi mempertingkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita.
Konsep digital dalam perkembangan pendidikan nasional
:
Secara dasarnya, kementerian menyatakan objektif pendidikan nasional adalah untuk melahirkan pelajar yang lebih mahir dalam pembelajaran kendiri yang menggunakan Web 2.0 sebagai sumber rujukan pembelajaran dan mampu menetapkan hala tuju proses pembelajaran mereka sendiri.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digital juga eksklusif dalam kalangan golongan tertentu seperti pakar bidang. Tidak dinafikan juga, setiap institusi pengajian tinggi telah menjalankan usaha-usaha yang efektif dalam mempertingkatkan fasiliti dan kualiti pembelajaran secara digital.