Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perancangan Pengajaran Matematik Tahun 4 - Coggle Diagram
Perancangan Pengajaran Matematik Tahun 4
A. Maklumat Pembelajaran
Tajuk: 8.0 Pengurusan Data
Standard Kandungan:
8.1 Piktograf dan carta palang
Standard Pembelajaran:
8.1.1 Membina piktograf dan carta palang bagi data tak terkumpul.
Objektif Pembelajaran
a) Menulis data yang diperolehi daripada maklumat yang diberi dengan teratur dan sistematik.
b) Membina piktograf dan carta palang bagi data tak terkumpul dengan betul.
Kriteria Kejayaan
a) Melengkapkan jadual dengan data daripada maklumat yang diberi dengan betul.
b) Membina piktograf dan carta palang bagi data tak terkumpul dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada
b) Membaca dan mendapatkan maklumat daripada piktograf dan carta palang.
c) Perkaitan antara piktograf dan carta palang bagi mewakili suatu maklumat.
a) Mengumpul, mengelas dan menyusun data.
B. Set Induksi (5 minit)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Beberapa orang murid diminta untuk menyebut bilangan donut yang dimakan berdasarkan perisa iaitu coklat, strawberi, kacang dan vanila.
Guru mengisi data bilangan donut yang dimakan berdasarkan perisa di dalam jadual berdasarkan jawapan murid.
Guru juga menunjukkan sebuah jadual data yang tidak lengkap.
Guru menunjukkan dua gambar rajah iaitu piktograf dan carta palang yang menunjukkan bilangan donut yang dimakan oleh 10 orang kanak-kanak.
Murid lain dipilih untuk menyemak jawapan rakan sekelas mereka.
Catatan
Resos: Gambar rajah; Jadual data
Pentaksiran: Soal jawab; Penilaian rakan sebaya
D. Langkah 2 (25 minit)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Guru menunjukkan semula jadual yang telah dilengkapkan dengan data bilangan murid mengikut mata pelajaran kesukaan mereka iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Guru menunjukkan kertas petak kosong.
Guru menunjukkan dan menerangkan kepada murid dua contoh lain cara menentukan petunjuk bagi piktograf melalui perkaitan dengan sifir lain selain sifir 3. Contoh: sifir 2 dan sifir 4.
Murid ditunjukkan tentang langkah-langkah membina carta palang mencancang.
Murid ditunjukkan tentang langkah-langkah membina piktograf.
Guru menerangkan tentang cara menentukan nilai yang sesuai.
Guru menunjukkan kertas petak kosong.
Guru menerangkan kepada murid bahawa kedudukan paksi mengufuk dan paksi mencancang juga boleh ditukar, dan carta palang mengufuk akan terhasil.
Guru menunjukkan semula jadual yang telah dilengkapkan dengan data bilangan murid mengikut mata pelajaran kegemaran mereka iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Catatan
Proses Matematik: Komunikasi; Membuat perwakilan
Elemen Merentasi Kurikulum: Kreativiyi dan inovasi
Resos: Jadual data; Kertas petak
G. Kerja Susulan Murid
Pengukuhan: Untuk murid-murid yang menguasai kemahiran yang diajar tetapi belum sepenuhnya, mereka diberi soalan aras sederhana iaitu melengkapkan jadual dan rangka piktograf serta membina carta palang berdasarkan rangka yang diberi. Soalan pada aras ini melibatkan perkaitan dengan sifir 2
Pengayaan: Untuk murid-murid yang menguasai sepenuhnya kemahiran yang diajar, mereka diberi soalan aras tinggi iaitu menyusun data berdasarkan maklumat dari petikan. Soalan pada aras ini memerlukan murid untuk mewakilkan jadual data dalam bentuk piktograf dan carta palang, di mana ia melibatkan perkaitan dengan sifir 10
Pemulihan:Untuk murid-murid yang belum menguasai kemahiran yang diajar, mereka diberi soalan aras mudah iaitu melengkapkan jadual, piktograf dan carta palang tanpa melibatkan perkaitan dengan sifir
Pembelajaran Kendiri:
Sumber Pembelajaran Digital (video pembelajaran dalam talian):
https://www.youtube.com/watch?v=zgSg6FN_C5o
Sumber Pembelajaran Digital (kuiz dalam talian):
https://quizizz.com/join?gc=59860721
F. Penutup (5 minit)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Guru mengklik pada ruangan kosong tersebut untuk menunjukkan jawapan.
Guru bersoal jawab dengan murid sehingga jadual data, piktograf dan carta palang tersebut lengkap.
Murid disoal tentang perkara yang perlu ditulis pada ruangan kosong yang ditunjukkan oleh guru.
Guru melaksanakan kuiz melalui slaid power point dengan menunjukkan satu jadual kosong, satu rangka petak piktograf dan satu rangka carta palang yang tidak lengkap.
Murid disoal tentang hasil pelajaran mereka pada hari ini.
Guru menunjukkan satu petikan berkaitan skor 4 pemain dalam pertandingan boling melalui slaid power point.
Murid diberi kerja susulan dalam bentuk lembaran kerja, melalui aplikasi Whatsapp.
Catatan
Elemen Merentasi Kurikulum: Nilai murni - ketepatan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Mengaplikasi konsep penyusunan data dan pembinaan piktograf dan carta palang
Pentaksiran: Soal jawab; Kuiz (lisan)
Proses Matematik: Komunikasi
Resos: Slaid power point interaktif; Lembaran kerja
C. Langkah 1 (10 minit)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Beberapa orang murid diminta untuk menyebut bilangan murid yang mengemari mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Guru mengisi data bilangan murid mengikut mata pelajaran kegemaran di dalam jadual berdasarkan jawapan murid.
Guru menerangkan cara menulis data daripada maklumat yang diberi dalam bentuk jadual.
Guru menunjukkan satu kad imbas lain yang mengandungi petikan berkaitan jualan mi udang Kak Ani pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Seorang murid diminta untuk membaca petikan tersebut.
Seorang murid diminta untuk membaca petikan tersebut.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang perlu ditulis di dalam jadual kosong yang disediakan oleh guru.
Guru menunjukkan satu kad imbas yang mengandungi petikan berkaitan bilangan murid berdasarkan mata pelajaran kegemaran mereka iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Beberapa orang murid diminta untuk menyebut bilangan mi udang yang berjaya dijual oleh Kak Ani pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Guru mengisi data bilangan mi udang yang berjaya dijual mengikut hari di dalam jadual berdasarkan jawapan murid.
Catatan
Proses Matematik: Komunikasi
Pentaksiran: Soal jawab
Resos: Kad imbas; Jadual data
Elemen Merentasi Kurikulum: Nilai murni - kekemasan
E. Langkah 3 (15 minit)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Guru memilih seorang murid untuk menyatakan sifir apakah yang sesuai untuk membuat perwakilan petunjuk bagi piktograf.
Murid diminta untuk melengkapkan petak piktograf mereka.
Murid lain dipilih untuk menyemak jawapan rakan sekelas mereka.
Murid yang telah siap membina piktograf diminta untuk meneruskan latihan membina carta palang. Murid diingatkan bahawa latihan tersebut memerlukan murid untuk membina carta palang mengufuk.
Guru memilih beberapa orang murid untuk menyebut jawapan mereka.
Murid yang telah siap diminta untuk menunjukkan hasil kerja mereka pada kamera.
Murid diminta untuk melengkapkan jadual dengan data daripada maklumat yang diberi.
Murid dingatkan untuk melengkapkan latihan mereka dan menghantar kepada guru untuk disemak.
Murid diminta untuk membuka buku aktiviti muka surat 111.
Catatan
Pentaksiran: Soal jawab; Penilaian rakan sebaya; kerja rumah; Produk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Mencipta dengan membina piktograf dan carta palang
Proses Matematik: Komunikasi; Membuat perwakilan
Elemen Merentasi Kurikulum: Kreativiti dan inovasi
Resos: Buku aktiviti