Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PETA MINDA MAKLUMAT KELUARGA ZAFAR - Coggle Diagram
PETA MINDA MAKLUMAT KELUARGA ZAFAR
DEFINISI BENTUK KELUARGA ZAFAR
Bentuk keluarga Zafar ialah bentuk keluarga Nuklear.Keluarga nuklear merupakan satu bentuk keluarga yang ringkas di mana bentuk keluarga Nuklear ini mengandungi ibu,bapa dan anak yang tinggal serumah.
GAYA KEIBUBAPAAN ZAFAR YANG SESUAI MENGIKUT KAJIAN KES INI.
Gaya keibubapaan Zafar dalam kajian kes ini ialah permisif.Di mana gaya permisif merupakan gaya yang bercirikan komunikasi yang terbuka,dan memberikan anak mereka sepenuh kebebasan.Selain kurang menggunakan kawalan,penjelasan,kuasa atau kekerasan untuk mengawal anak terutama dalam membentuk tingkah laku.
TEORI PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI YANG SESUAI DALAM KAJIAN KES INI.
teori penglibatan ibu bapa yang sesuai ialah Teori Epstein.
Teori Epstein merupakan teori yang menjelaskan tentang kerjasama yang perlu wujud antara sekolah,keluarga,dan masyarakat.Dalam teori ini menjelaskan tentang penglibatan hiraki tetapi ia adalah satu kerja untuk menghubungkan antara keluarga,masyarakat dan professional dalam pendidikan awal kanak-kanak.
jenis penglibatan ibu bapa tentang teori epstein yang sesuai dengan kes ini beserta contohnya :
1) kerjasama keibubapaan (parenting).Di mana dalam teori ini ibu bapa Zafar boleh mengetahui tentang cara untuk menguasai kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak.
Contohnya,pihak sekolah boleh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah.Selain itu,guru juga boleh membimbing ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada pelajar.Contohnya seperti makanan,tempat tinggal yang selesa yang boleh memastikan kestabilan emosi kanak-kanak berada dalam keadaan baik.Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan persekitaran yang baik dan kondusif untuk kanak-kanak belajar di rumah.
5)Kerjasama kesukarelaan (volunteering)
Dalam kerjasama kesukarelaan ini,ia akan lebih menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara.
Contohnya,pihak sekolah menjemput ibu bapa datang ke sekolah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.Hal ini juga termasuklah aktiviti kesukarelaan yang terjadi dalam kelas mahupun persekitaran sekolah.Dengan aktiviti sukarela ini ibu bapa Zafar akan membahagikan masa kerja dengan aktiviti sukarela dengan meluangkan masa untuk menyertai aktiviti sukarela kerana ia melibatkan anjuran pihak sekolah sendiri.Penglibatan ibu bapa dalam sesuatu aktiviti yang diadakan di sekolah amat diperlukan bagi membantu kerjasama antara sekolah dan ibu bapa akan lebih baik untuk kepentingan perkembangan kanak-kanak.
4)Kerjasama berkomunikasi (Communication).
Dalam teori penglibatan ini ia mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan di antara sekolah dan keluarga.Contohnya pihak sekolah boleh berhubung antara satu sama lain dalam mengetahui perkembangan anak.
Contohnya ibu bapa Zafar boleh berhubung melalui aplikasi atas talian seperti telefon pintar jika ibu bapa tiada masa ,ibu bapa boleh mengetahui perkembangan kanak-kanak melalui telefon pintar ataupun boleh menghubungi secara langsung.Hal ini jika ada komunikasi antara dua belah pihak ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak dengan lebih lanjut.
2)Pembelajaran di rumah (Learning at home)
Pembelajaran di rumah ini adalah penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak sebagai kerjasama ataupun kesinambungan antara guru dan ibu bapa bagi membantu kanak-kanak.
Contohnya ibu bapa boleh memantau dan membantu dalam aktviti yang melibatkan pembelajaran anak-anak di rumah.Dengan penglibatan ibu bapa dalam memantau anak-anak di rumah ia akan lebih mudah untuk membantu guru bagi memastikan kecemerlangan dan tingkahlaku disiplin kanak-kanak akan lebih baik.Hal ini kerana apabila ibu bapa memantau apabila ada masa bersama anak-anak iaitu di luar wawtu pekerjaan,mereka akan merasakan pembelajaran mereka disokong oleh ibu bapa dan sekaligus akan memperbaiki tahap disiplin kanak-kanak.
3)Membuat keputusan (Decision Making)
Dalam membuat keputusan ini ia melibatkan keluarga dalam pengurusan persekolahan dan organisasi berkaitan.
Contohnya ibu bapa melibatkan diri dalam sebarang keputusan.misalnya jika ibu bapa menjadi sebahagian orang penting di sekolah seperti ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di mana ibu bapa boleh memberi pandangan idea kepada pihak sekolah dalam membuat sesuatu keputusan.Dan dalam kes Zafar ini jika ibu bapa yang tiada masa untuk mengetahui perkembangan anak mereka,dengan melibatkan diri secara langsung dalam jawatan (PIBG) ini ia menjadikan ibu bapa secara tidak langsung akan membahagikan masa untuk menghadiri mesyuarat pibg ini kerana mereka mempunyai jawatan di sekolah yang melibatkan penglibatan ibu bapa.
5 jenis penglibatan ibu bapa yang sesuai dengan kes beserta contoh
3)Teknik Nota peribadi
Nota peribadi merupakan salah satu teknik yang boleh digunapakai oleh guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan ibu bapa kanak-kanak.Nota peribadi menjadi pemudah cara untuk guru-guru menjelaskan perkembangan yang dilalui anak mereka di taska atau tadika.
Contohnya guru di tadika Zafar boleh memberikan nota peribadi yang terkandung perkembangan anak mereka di tadika kepada ibu bapa Zafar.Dengan memberikan nota peribadi ini kepada ibu bapa Zafar ia akan memudahkan ibu bapa Zafar mengetahui tahap perkembangan anak mereka dan berusaha untuk melakukan sebarang aktiviti dengan kanak-kanak agar tahap perkembangan kanak-kanak berada dalam keadaan baik.
5)Teknik Berita semasa
Teknik berita semasa merupakan teknik yang menghubungkan ibu bapa yang sibuk terutama bagi meluangkan masa untuk berkomunikasi secara dua hala.
Contohnya pihak sekolah yang terdiri daripada guru boleh melaporkan atau memberikan maklumat terkini tentang perkara yang terjadi kepada anak-anak mereka di tadika.Contohnya berita tentang anak mereka sudah pintar dalam memegang pensil,melukis menjawab pertanyaan guru dan lain-lain.Dengan berita semasa ini ia akan memudahkan ibu bapa mendaptkan berita dan perkembangan kanak-kanak dengan lebih baik.
6)Teknik Surat Pemberitahuan
Teknik surat pemberitahuan merupakan teknik yang sesuai bagi menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa.
.
Contohnya, guru boleh menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa Zafar tentang pelan atau aktiviti kelas kepada ibu bapa.Dengan penghantaran surat ini ia akan memudahkan guru dan ibu bapa mencadangkan aktiviti yang sesuai yang perlu dilakukan di sekolah untuk perkembangan kanak-kanak dan sekaligus hubungan antara guru dan ibu bapa akan bertambah erat.
4)Teknik Papan Kenyataan (Bulletin Boards)
Papan kenyataan merupakan satu cara atau alternative lain yang boleh digunapakai oleh guru untuk berinteraksi dengan ibu bapa kanak-kanak.
Contohnya guru boleh melekatkan segala info penting di papan kenyataan yang disediakan agar ibu bapa Zafar dapat melihat info penting yang hendak disampaikan berkaitan dengan anak mereka.
1)Teknik Peti Cadangan
Peti cadangan merupakan peti yang digunakan untuk guru-guru bagi merangka beberapa kaedah untuk mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa tentang kelas,matlamat mereka,dan kaedah penglibatan mereka dalam program.
Contohnya guru boleh meletakkan peti cadangan di ditempat yang mudah untuk ibu bapa nampak bagi memastikan ibu bapa menggunakan dengan baik.Contohnya jika ibu bapa zafar sibuk dengan pekerjaan ibu bapa Zafar boleh meletakkan nota ataupun cadangan di dalam peti cadangan yang disediakan ataupun mengirimkan pembantu rumah untuk meletakkan nota ataupun cadangan sama ada yang melibatkan cadangan bagi aktiviti untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak ataupun pesanan bagi penambahbaik pengajaran ataupun akademik kanak-kanak.
2)Teknik panggilan telefon.
Teknik panggilan telefon ini amat sesuai kepada ibu bapa Zafar kerana ibu bapa Zafar sangat sibuk dengan pekerjaannya.Jadi dengan menggunakan teknik komunikasi menggunakan telefon akan memudahkan ibu bapa Zafar mengetahui perkembangan Zafar dengan menggunakan panggilan telefon ataupun aplikasi whatssap yang lebih memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan guru.
Contohnya,ibu bapa Zafar boleh menanyakan keadaan anak mereka kepada guru dengan menelefon guru ataupun menggunakan whatsapp untuk mengetahui keadaan Zafar di sekolah.
6 TEKNIK KOMUNIKASI YANG SESUAI ANTARA IBU BAPA ZAFAR DENGAN GURU BESERTA CONTOH.