Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN PENGARUH AGAMA ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU - Coggle Diagram
KESAN PENGARUH AGAMA ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Agama dan Kepercayaan
kemunculan agama Islam telah menghapuskan ajaran Hindu-Buddha dan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang
percaya kepada konsep ketuhanan, saling menghormati dan wujud konsep persamaan taraf, menghayati ajaran Islam dalam kehidupan
ajaran Islam telah mengubah kepercayaan animisme kepada mempercayai Allah, adanya para nabi dan rasul, malaikat dan kitab suci
mengamalkan amal ibadat seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta menyambut hari-hari kebesaran islam seperti sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan Nuzul Al-Quran
ahli sufi dan para mubaligh memainkan peranan penting dalam kepercayaan agama islam di tamadun melayu
agama islam menjadi agama rasmi
Sosial dan Budaya
Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi orang melayu. Kepercayaan kepada kekuasaan Allah telah memberikan setiap individu harga diri kerana tiada perbezaan antara sesama manusia di sisi Allah kecuali keimanan dan taqwa
Pengaruh akidah, syariah dan akhlak telah memberikan kesan dalam kehidupan seharian di tanah melayu
Dengan ajaran islam yang begitu mudah dan tidak memberatkan,berlakunya asimilasi antara ajaran islam dan budaya setempat
Islamisasi berlaku di tanah melayu secara beransur-ansur tanpa penentangan terbuka.Ini adalah disebabkan penyebaran islam dilakukan bukan secara paksaan
Agama Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta
Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga diamalkan, contohnya membayar zakat,bekerjasama, bergotong-royong dan kekeluargaan
Politik
Pengislaman raja-raja merupakan sebab utama perubahan sosio-politik
Sistem dan konsep raja dalam agama Hindu bertukar kepada sistem dan konsep Sultan dalam islam.
Dalam islam, raja adalah manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua agama dan pentadbir.
Sultan bertanggnugjawab menjadikan agama islam sebagai agama rasmi negara, memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang berdasarkan hukum syariah islam
Mufti ialah penasihat sultan dalam hal-ehwal agama islam yang megggantikan para sami yang sebelumnya menjadi penasihat Raja Hindu-Buddha.
Kesan agama islam dijadikan agama rasmi ialah islam telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan raja-raja.
Kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari telah memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus digunakan oleh raja-raja seperti bersifat adil dan amanah.
Ekonomi
Pengembangan ekonomi berjalan mengikut asas-asas yang syar’i dan halal
Segala urusan yang berunsur gharar dan qimar cuba dielakkan dan dibanteras
Usaha meningkatkan kemakmuran dihubungkan dengan usaha memperelok ibadat, menggilap rohani dan memupuk jiwa yang luhur dan positif
Pembangunan negara menjelang dasar yang adil, tidak menindas, atau melalui kaedah yang zalim dan haram
Menghindar daripada nafsu jenayah dalam amalan atau aktiviti ekonomi