Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN-KESAN UTAMA PENGARUH AGAMA ISLAM DI DALAM TAMADUN MELAYU - Coggle…
KESAN-KESAN UTAMA PENGARUH AGAMA ISLAM DI DALAM TAMADUN MELAYU
Aspek Politik
Institusi kesultanan Melayu mempunyai hubungan erat dengan ulama'
Yang di-pertuan Agong dan sultan menjadi ketua agama sehingga kini.
Para ulama' menjadi penasihat kepada yang di-pertuan Agong dan Sultan.
Aspek Ekonomi
Segala urusan yang berunsur gharar dan qimar cuba dielakkan dan dibanteras
Pembangunan negara menjelang dasar yang adil, tidak menindas atau melalui kaedah yang zalim dan haram.
Pengembangan ekonomi berjalan mengikut asas-asas yang syar'i dan halal.
Usaha meningkatkan kemakmuran dihubungkan dengan usaha memperelok ibadat, menggilap rohanidan memupuk jiwa yang luhur dan positif.
Menghindar daripada nafsu jenayah dalam amalan atau aktiviti ekonomi.
Aspek Sosial
Bagi pelaksanaan ibadat Solat Jumaat, lelaki memakai pakaian yang sopan seperti baju melayu dan bersongkok
Majlis rasmi dimulakan dengan bacaan doa dan al-Fatihah
Adat tertentu diamalkan sepenuhnya, contohnya adat bercukur bagi bayi yang baru lahir
Majlis kesyukuran dengan alunan merdu pujian kepada Nabi Muhammad atau berzanji dilaksanakan
Pelbagai adat istiadat telah wujud
Aspek Pendidikan
Wujud pendidikan pondok dan telah didirikan rumah guru dan pondok di kawasan wakaf
Antara ilmu yang diajar: tauhid, feqah, tafsir dan lain-lain
Lahir ramai tokoh ulama' terkemuka yang turut memberikan sumbangan kepada perkembangan Islam di sekitar Alam Melayu
Akhirnya, pendidikan Islam telah menjadi mata pelajaran wajib kepada semua murid beragama Islam