Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan penglibatan Thailand dalam ASEAN pada abad ke-20. - Coggle Diagram
Huraikan penglibatan Thailand dalam ASEAN pada abad ke-20.
pendahuluan
Selepas Perang Dunia Kedua, Thailand telah mengambil inisiatif menyertai organisasi serantau seperti ASEAN.
Hubungan luar ini bertujuan mewujudkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.
-Thailand telah menyertai ASEAN pada 8 Ogos 1967 selepas termeterainya Deklarasi Bangkok.
Penubuhan ASEAN juga bertujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan
terdapat beberapa peranan Thailand dalam ASEAN pada abad ke-20.
Mempertahankan keselamatan
Thailand telah mengetuai usaha penubuhan Forum Rantau ASEAN (ASEAN Regional Forum).
Thailand menjadi tuan rumah bagi Forum Rantau ASEAN yang diadakan di Bangkok pada tahun 1994.
merupakan satu sesi dialog yang melibatkan negara-negara anggota ASEAN tentang keselamatan kawasan ASEAN.
Thailand juga memainkan peranan dalam pengisytiharan ASEAN sebagai zon bebas nuklear.
Keputusan penetapkan ASEAN sebagai zon bebas nuklear telah dibuat dalam mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada tahun 1984.
tegasnya, penglibatan Thailand dalam ASEAN adalah untuk mempertahankan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
Kerjasama Ekonomi
mengukuhkan kerjasama dalam bidang ekenomi antara negara-negara ASEAN melalui cadangan Thailand untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
menyokong usaha melaksanakan koridor ekonomi ASEAN (AEC) sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Contohnya, skim tarif keutamaan diperkenalkan bagi menggalakkan aliran bebas barangan yang dikeluarkan dalam ASEAN.
kesannya, AFTA berjaya menghapuskan sekatan perdaagangan dan meningkatkan barangan keluaran negara-negara ASEAN.
jelasnya, penglibatan Thailand dalam ASEAN dapat memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dengan negara-negara ASEAN.
Memelihara keamanan
Thailand dengan kerjasama negara-negara ASEAN telah mewujudkan konsep ZOPFAN (Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali)
bermatlamat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
negara-negara di Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok sama ada blok Barat atau blok Timur.
mengelakkan campur tangan daripada kuasa-kuasa besar dalam hal ehwal negara-negara ASEAN.
Jelaslah bahawa usaha ini telah menyebabkan negara-negara ASEAN dapat mempertahankan kedaulatan negara masing-masing daripada kuasa-kuasa besar.
Menyelesaikan masalah Kemboja
Thailand berusaha mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menamatkan konflik di Kemboja.
dengan usaha Thailand, pihak yang berselisih di Kemboja telah menganjurkan rundingan di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
Hasil rundingan tersebut membawa kepada Perjanjian Damai Paris yang ditandatangani pada tahun 1991 bagi menamatkan krisis di Kemboja.
tegaslah bahawa penglibatan Thailand dalam ASEAN adalah untuk mengakhiri konflik yang berlaku di Kemboja.
kesimpulan
Thailand telah memberikan sumbangan yang besar dalam merealisasikan matlamat penubuhan ASEAN.
Thailand memainkan peranan dalam menjadikan rantau ASEAN sebagai kawasan yang aman dan selamat.
Thailand juga telah memberikan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan segala program dan rancangan yang diperkenalkan oleh ASEAN.