Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bentuk pemerintahan di Thailand - Coggle Diagram
Bentuk pemerintahan di Thailand
Pemerintahan Pya Manopakorn
Pya Manopakorn merupakan Presiden pertama Thailand. Berlaku perselisihan di antara Pya dengan Menteri Kewangan beliau Pridi Phanomyong. Pridi mencadangkan agar punca penghasilan negara termasuk tanah dimiliknegarakan. Bayaran ganti rugi akan diberikan kepada pemilik tanah dalam bentuk bon kerajaan.
Pya membantah usul tersebut kerana beranggapan ia mirip kepada manifesto komunis. Perselisihan ini menyebabkan Parti Rakyat terpecah kepada dua iaitu penyokong Pya dan penyokong Pridi- Pridi terpaksa lari keluar negara selepas meletak jawatan kerana dianggap sebagai pra-komunis. Pya pula memaksa Raja menangguhkan persidangan Dewan Perundangan.
Pya menggunakan peluang ini mendirikan satu kerajaan diktator dan bertindak melaksanakan beberapa sekatan. Antaranya:
(a) Melarang pembentukan parti politik
(b) Persidangan Dewan Perundangan ditangguhkan
(c) Penulisan akhbar ditapis dan ada yang terpaksa ditutup kerana mengecam tindakan beliau
(d) Akta Komunis 1933 diluluskan
Kerajaan Pya Manopakorn telah gagal melaksanakan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan beliau akhirnya ditumpaskan melalui rampasan kuasa oleh Pya Bahol.
Pemerintahan Pya Bahol
- Pya Bahol menggunakan kuasa tentera melakukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan Pya Manopakorn pada tahun 1933 dan menjadi Presiden seterusnya. Semasa pimpinan beliau, golongan raja cuba melakukan rampasan kuasa demi untuk memulihkan kuasa raja tetapi berjaya dipatahkan oleh golongan tentera.
- Pya Bahol mengadakan pilihan raya pada November 1933 dan menang. Pya Bahol meneruskan beberapa dasar yang sama seperti Pya Manopakorn seperti melarang pertubuhan parti politik serta menyekat kebebasan berakhbar. Namun beliau telah menyusun semula kerajaan wilayah dan tempatan. Pya Bahol telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana uzur dan melantik Phibun Songkram sebagai penggantinya kerana memiliki pengaruh ketenteraan yang lebih kuat.
Pemerintahan Phibun Songkram
- Pemerintahan Phibun Songkram telah mengubah Thailand kepada bentuk pemerintahan kuku besi. Buktinya:
(a) Mengadakan kempen hubungan rakyat dengan tentera dan menekankan kepentingan tentera kepada negara
(b) Angkatan Laut menjadi bahagian penting dalam pemerintahan
(c) Dasar Negara diluluskan di Dewan Perundangan tanpa melalui sebarang perbahasan
- Phibun Songkram dilihat sebagai anti-Cina dan komunis serta menentang penguasaan ekonomi asing terhadap Thailand. Beliau amat mementingkan masyarakat tempatan dalam sektor ekonomi dan perdagangan. Phibun juga bertanggungjawab menukar nama Siam kepada Thailand.
- Namun Phibun Songkram menjalinkan hubungan baik dengan Jepun dan membenarkan kemasukan barangan Jepun dalam pasaran. Thailand berjaya mendapatkan wilayah-wiayah naungannya semula daripada kerajaan British hasit bantuan Jepun. Tindakan Phibun Songkram melantik pegawai tentera yang kuat dan berkuasa dalam menentukan hala potitik negara menunjukkan kegagalan pemerintahan demokrasi berparlimen yang diharapkan semasa kemerdekaan di Thailand.
Pemerintahan Tentera (1948-1970)
Parti Demokratik berjaya merampas tampuk pemerintahan Laksamana Thamrong dengan kuasa tentera. Nai Khuang Aphaiwong dilantik sebagai Perdana Menteri. Kerajaan awam Aphaiwong seterusnya merangka sebuah perlembagaan tetap yang baru dan siap pada tahun 1949. Antara kandungannya:
(a) Raja mempunyai peranan dalam politik
(b) Rakyat akan memilih Ahli Dewan Rakyat
(c) Raja pula akan melantik Ahli Dewan Pertuanan dengan persetujuan Presiden Dewan Penasihat Kerajaan dan Presiden Parlimen.
Phibun Songkram tidak bersetuju dengan perlembagaan baru ini dan ingin mengekalkan Perlembagaan 1932. Phibun telah mengisytiharkan zaman demokrasi baharu dan mengambil tindakan melalui Akta Diraja. Tindakan Phibun:
(a) Parti-parti politik perlu didaftarkan
(b) Pembahagian kuasa pusat dengan pihak berkuasa tempatan
(c) Mengurangkan penindasan politik
(d) Perdana Menteri akan mengadakan sidang akhbar
mendapat sokongan daripada Thammadthipat manakala Field Marshall mendapat sokongan Parti Demokratik Nasional. 1956, politik mula boleh dibincangkan di khalayak ramai. Field Marshall Sarit Thanarat memenagi pilihan raya tahun 1957 dan dilantik sebagai Ketua Pemerintah Angkatan Tentera. Phibun kembali menjawat jawatan Perdana Menteri pada Mac 1957 dan melantik Jeneral Phao Sriyanon sebagai Menteri Dalam Negeri dan Sarit di dalam kabinet. Namun Sarit dan Jeneral Phao sering bertelagah dengan Phibun. Sarit akhirnya berjaya menewaskan Phibun dalam satu rampasan kuasa. Phibun dan para pengikutnya terpaksa meninggalkan Thailand manakala Jeneral Phao kekal dalam buangan. Perlembagaan telah ditangguhkan dan Parlimen dibubarkan.
Sarit mengisytiharkan pilihan raya (1957) . Sarit menubuhkan Parti Sosialis selepas tamatnya pilihan raya/ melantik ahli-ahli parlimen yang menyokong kerajaan. Jeneral Thanom Kittikatchon yang pernah menjadi timbąlan Sarit dalam tentera dilantik sebagai Perdana Menteri baru (1958). Sarit bertolak ke Amerika untuk mendapatkan rawatan dan kembali ke Thailand untuk merampas kuasa(Oktober 1958). Sarit berjaya merampas kuasa dan memulakan pentadbiran diktator tentera. Beliau menjadi Perdana Menteri sehingga tahun 1963 sebelum meninggal dunia.
Thanom Kittikatchon kembali memerintah dan menubuhkan United Thai People's Party (UTPP). UTPP memenangi sebanyak 35% kerusi dalam pilihan raya 1969. Thanom menjadi Perdana Menteri dan bersama-sama Jeneral Prapat menubuhkan satu kerajaan untuk mengelakkan rampasan kuasa.
Pemerintahan Awam (1945-1947)
- Pada tahun 1946, kumpulan Pridi telah memenagi pilihan raya umum. Khuang Aphaiwong telah dilantik sebagai Perdana Menteri baru. Namun beliau meletakkan Jawatan disebabkan perselisihan dengan Pridi dan menubuhkan Parti Demokratik.
- Pridi telah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan berusaha melaksanakan pemerintahan bercorak demokrasi namun mendapat banyak tekanan dari segi politik dan ekonomi. Pridi akhirnya meletakkan jawatan dan digantikan oleh Laksamana Thamrong Nawasawat tetapi masih gagat memulihkan situasi ekonomi dan sosial di Thailand.
- Akhirya pada November 1947, pentadbiran awam ini ditumpaskan oleh golongan tentera.
Pemerintahan demokrasi (1973-1976)
Kerajaan Thanom telah jatuh (Oktober 1973). Rakyat menginginkan pentadbiran bercorak demokrasi, perlembagaan yang lebih berdemokrasi serta pilihan raya yang lebih jujur. Sanya Thammasak menjadi Perdana Menteri tetapi menghadapi masalah antara kumpulan pelajar dan kumpulan politik bukan tradisional. Seni Pramoj dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya Januari 1975 namun hanya bertahan selama 8 hari. Kukrit Pramoj dilantik sebagai Perdana Menteri seterusnya dan membentuk Parti Tindakan Sosialis.
Dalam pilihan raya 1976, golongan tradisional konservatif kembali menguasai pentadbiran.Golongan ini mengukuhkan kuasa mereka dengan menggunakan pasukan polis, tentera dan pentadbir awam. Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan kerana menyekat golongan pelajar menyebabkan perpecahan antara kumpulan pelajar dengan ahli politik.
Pemerintahan selepas tahun 1976
Selepas tahun 1976, golongan tentera kembali mentadbir kerajaan. Thanin Kraivichien menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai hubungan baik dengan golongan tentera. Namun dasarnya yang sedikit ketat terhadap golongan itu akhirnya menyebabkan rampasan kuasa berlaku lagi. Jeneral Kriangsak Chomanan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Pentadbiran beliau lebih bercorak sederhana dan telah memberikan pengampunan kepada para pemberontak. Pilihan raya tahun 1979 menunjukkan tiada kemenangan majoriti bagi parti-parti yang bertanding. Oleh itu, parti-parti utama membentuk kerajaan perikatan dengan golongan tentera menguasai Perdana Menteri.
Pada penghujung tahun 1979, Prem Tinsulanonda dipilih sebagai Perdana Menteri kerana sikapnya yang anti-rasuah dan anti-komunis. Kejayaan Prem dalam pentadbirannya ialah:
(a) Berjaya mematahkan cubaan rampasan kuasa.
(b) Berjaya menumpaskan gerakan gerila komunis di timur laut Thailand
(c) Memperkenalkan dasar melindungi kepentingan kaum tani
Prem bersara pada tahun 1981 dan diganti oleh Jeneral Arthit Kamlang-ek.Jeneral Arthit memperkenalkan pentadbiran demokrasi kerajaan untuk rakyat. Beliau cuba untuk menarik sokongan rakyat dan mengukuhkan kedudukannya melalui prinsip ini.