Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA - Coggle Diagram
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
BENTUK PEMERINTAHAN DI THAILAND
Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun 1933. semasa Pya Bahol, peilihan raya diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu oleh Pridi Phanomyong sebagai Menteri Dalam Negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan. Namun erti prinsip demokrasi sebenar masih tidak dilaksanakan .
Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang Uzur. Perlantikan Phibun mula meletakkan asas penguasaan golongan tentera dalam kerajaan Thailand.
Kebangkitan golongan tentera berlaku semasa pemerintahan Pya Manopakorn. Pembaharuan ekonomi Pridi yang membela nasib rakyat Thailand dengan cadangan kerajaan memiliknegarakan semua punca penghasilan negara termasuk tanah tidak menyenangkan Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan ekonomi Pridi sebagai manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dari lari ke luar negara. Pya Manopakorn menangguhkan persidangan Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi berparlimen.
Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Thailand dan memenangi pilihan raya pada 6 Januari 1946 tetapi gagal kerana perselisihannya dengan Khuang Aphaiwong yang dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan glongan tentera dengan agenda politik yang tersendiri.
Phibun seorang nasionalis Siam yang melampau dengan sikap anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang diktator tentera dan bekerjasama dengan Jepun.
Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tenteradalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “Coup d’Etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
Bulan November 1947, golongan tentera rampas kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan kuasa dan kerajaannya sering bertukar masa.
Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
SUMBANGAN TOKOH MACAPAGAL
Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1963 kerana menganggap sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa itu telah dijual kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB
Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melaluinya berjuta-juta peso dapat dipunggut setiap tahun. Beliau juga meningkatkan pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari kemerdekaan Filipina dari 4 Julai (Hari AS menyerahkan Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu Hari semasa Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.
Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan di Filipina.
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden Filipina ke-9 sebagai “Orang Terjuju” dan bertindak menghapuskan rasuah. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.
SUMBANGAN TOKOH PHIBUN SONGKHRAM
Phibun membawa gerakan nasionalis Thailand ke peringkat yang lebih radikal. Tahun 1930-an Phibun mengamalkan dasar pro-Jepun untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand. Jepun merupakan rakan perdagangan di Thailand dan pelabur terbesar di Thailand. Semasa Perang Dunia Kedua , Phibun menyokong Jepun dan berjaya mengelakkan daripada dijajah. Phibun bertindak menghapuskan komunis dengan tidak mengiktiraf Republik Rakyat China dan menghapuskan semua aktiviti orang-orang China di Thailand. Melalui “Un-Thai-Activities Act” ramai orang Cina ditangkap
Phibu melancarkan ekonomi nasionalistik bertujuan menghapuskan penguasaan ekonomi Thailand oleh orang-orang Eropah dan China. Phibun memperkenalkan Kanun Hasil Negara pada Mac 1939 untuk membebaskan kaum tani dari cengkaman golongan peminjam wang, mengurangkan cukai ke atas petani dan mengenakan cukai yang tinggi ke atas syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur asing. Subsidi diberikan kepada syarikat swasta Thai dan kawasan pembalakan yang luas diberikan kepada penduduk Siam.
Dari segi politik, beliau membawa Thailand menyertai SEATO dan memberi sokongan kepada AS dalam Perang Korea.
Beliau juga membina pelbagai kilang untuk pengusaha dan penduduk tempatan di Bangkok
Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram pula dilahirkan pada 14 Julai 1897 dan menjadi Perdana Menteri Thailand ketiga (1938-1941) dan menjadi diktator tentera tahun 1948-1957. beliau juga melakukan perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Melalui program sosial selaras dengan nasionalisme kebudayaan, Phibun memeprkukuhkan semangat cinta akan negara, bangsa dalam kalangan penduduk. Agama Buddha diutamakan dijadikan asas kepada kerjaya dan kenaikan pangkat. Negara Siam ditukarkan nama kepada Thailand yang bererti bebas untuk menaikkan semangat kecintaan kepada negara. Beliau juga mengamalkan sikap anti-Cina dengan menutup akhbar dan sekolah orang-orang Cina dan orang-orang Cina masuk ke Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100Bath. Di samping itu, penggunaan bahasa mandrin sebagai bahasa pengantar dihapuskan dan orang-orang Cina dilarang menjawat 26 jenis pekerjaan.
BENTUK PEMERINTAHAN DI FILIPINA
Parlimen Filipina memiliki 2 buah dewan perwakilan iaitu “House of Representatives” dan “Senate House of Representattives” (HoR). HoR mempunyai 260 orang anggota (seramai 208 dipilih secara langsung, 52 orang dipilih melalui sistem parti List untuk selama 3 tahun) dan Senat pula terdiri daripada 24 orang anggota yang dipilih oleh rakyat. Parlimen Filipina memiliki kuasa mengguba undang-undang.
Sistem pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki kedudukan yang bebas dan tersendiri.
Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dipilih untuk selama 6 tahun bagi mengetuai kabinet dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak dipilih oleh parlimen tetapi dipilh secara langsung oleh rakyat.
Berdasarkan Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan dalam struktur pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan Menteri, Majlis Nasional dan Mahkamah Agung.
Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi presiden yang pertama
Antar 1972 – 1983 Undang-undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan terhadap anggota parlimen dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta penyelesaian rombakan perlembagaan oleh Majlis Perlembagaan.
Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan sejarah, bangsa, budaya dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara.
Semasa rejim Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang pemerintahan serta memperkenalkan undang-undang Darurat perang.