Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGGUNAAN ICT MERENTAS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK):…
PENGGUNAAN ICT MERENTAS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK): TINJAUAN DI PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
-
PENYATAAN MASALAH
Banyak guru enggan menggunakan ICT dalam P&P atas banyak alasan seperti kelemahan reka bentuk perisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasil pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untuk belajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takut kehilangan kuasa mereka di kelas kerana P&P berpusatkan pelajar
-
-
-
-
PERBINCANGAN
-
Guru prasekolah sedar manfaat penggunaan ICT dalam P&P tetapi mereka sendiri menolak penggunaannya serta kurang menggunakan ICT merentas kurikulum.
Guru perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan ICT sejajar dengan perkembangan teknologi seperti menghadiri latihan atau kursus sekurang-kurangnya sekali dalam masa 6 bulan bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran komputer yang terbaru dan terkini
Penggunaan ICT dalam P&P memerlukan masa yang banyak bukan hanya untuk menyediakan rancangan pelajaran tetapi juga memerlukan masa untuk pemasangan bahan pada komputer sebelum kelas bermula. Bilangan waktu mengajar serta beban tugas lain yang banyak juga menyukarkan gurumembuat persediaan mengajar menggunakan ICT dalam P&P.
KESIMPULAN
Guru prasekolah mempunyai kemahiran komputer, kebolehan dan keupayaan menggunakan komputer.
Kemudahan ICT yang rendah kurang menggalakkan dan memotivasikan guru prasekolah menggunakan ICT dalam P&P.
Perubahan yang sedikit dalam sikap guru menunjukkan sikap guru masih boleh diubah sedikit demi sedikit pada masa depan dengan memberi latihan atau kursus ICT bagi membina keyakinan dan kemahiran guru terhadap ICT dalam P&P.
-
Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan ICT digunakan sebagai alat P&P yang dapat dimanfaatkan bagi pembangunan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak.