Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembangunan ekonomi di Filipina - Coggle Diagram
Pembangunan ekonomi di Filipina
Dasar ekonomi di Filipina
Perusahaan gula
-Di bawah pemerintahan Amerika Syarikat, perusahaan gula di Filipina telah meningkat sebanyak enam kali ganda akibat dasar Amerika berkaitan gula. Antara dasar tersebut ialah Akta Tarif Payne-Aldrich 1909. Akta Tarif Underwood-Simmons 1913 dan Akta Fordney-McCumber 1921. Dasar tarif yang dijalankan Amerika Syarikat ini berjaya meningkatkan perusahaan gula sebanyak dua kali ganda dari tahun 1931 sehingga tahun 1941. Kawasan tanaman tebu di Filipina turut berkembang luas.
-Golongan kapitalis Amerika dan Filipina menjadi pembiaya kilang-kilang tapisan gula dan juga sebagai tuan tanah. Muncul gelaran 'orang-orang kaya gula' kerana peningkatan permintaan gula ini. Namun begitu, Filipina tetap bergantung kepada Amerika kerana sebahagian besar eksport gula dihantar ke Amerika Syarikat
Perusahaan Kelapa
-Seperti gula, perusahaan kelapa di Filipina juga bergantung kepada Amerika Syarikat kerana sebahagian besar keluarannya dieksport ke Amerika. Perkembangan kelapa bermula sekitar
tahun 1910 disebabkan akta yang diperkenalkan Amerika.
-Antara eksport barangan keluaran kelapa yang mendapat permintaan tinggi ialah minyak kelapa dan kelapa kering. Industri kelapa terbesar di Filipina dimiliki oleh warga asing manakala industri kelapa tempatan yang kecil gagal menyaingi industri besar tersebut. Kebanyakan warga tempatan juga hanya bekerja sebagai buruh dan petani bagi syarikat-syarikat asing ini
Perusahaan Abaka
-Abaka pernah menjadi eksport terpenting Filipina dan menguasai pasaran dunia dengan menjadi pengeluar hampir 95 peratus jumlah keluaran di dunia pada tahun 1941. Pengeluran abaka semakin berkembang dan meluas terutamanya di kawasan Mindanao.
-Akta tanaman abaka turut dipengaruhi akta yang dikeluaran Amerika ketika itu seperti Akta Payne-Aldrich 1909 dan Akta Underwood Simmons 1913 yang antaranya memansuhkan cukai ke atas eksport abaka.
Perusahaan Getah
-Perusahaan getah tidak begitu berkembang di Filipina seperti tanaman lain. Ini kerana dasar Amerika berkaitan penguatkuasaan tanah dan kawalan penghijrahan masuk orang Cina menyebabkanpelabur asing kurang berminat melabur dalam industri ini serta kekurangan buruh untuk mengerjakannya. Pada tahun
1941, hanya terdapat enam buah ladang getah yang hampir keseluruhannya terletak di Pulau Mindanao. Ladang terbesar dimiliki oleh Goodyear yang seluas 12 000 ekar.
Perusahaan Perlombongan dan Perindustrian
Perusahaan perlombongan dan perindustrian berkembang bawah pemerintahan Amerika. Pengeluaran emas pula meningkat setelah kejatuhan nilai dolarAmerika pada tahun 1930an.
Dasar ekonomi oleh Presiden-presiden Filipina
Presiden Elpido Quirino
Memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun untuk membangunkan ekonomi.
Mengambil beberapa langkah baru terhadap reformasi tanah iaitu:
(a) Menubuhkan Persatuan Pemasaran Koperasi dan Kredit Pertanian.
(b) Mengarah bank pusat untuk mengawal sistem kredit.
(c) Meluluskan undang-undang gaji minimum.
(d) Menandatangani Perjanjian Keselamatan Bersama pada tahun 1951 dengan pihak Amerika Syarikat.
Presiden Ramon Magsaysay
Menubuhkan Pemulihan dan Penempatan Semula Pentadbiran Kebangsaan
Menubuhkan Mahkamah Hubungan Pertanian melalui Suruhanjaya Penyewa Pertanian.
Menguatkuasakan undang-undang melarang penjualan barangan luar serta perdagangan import dan eksport kecuali dengan luar Amerika Syarikat.
Melaksanakan Gerakan Koperasi Pertanian untuk bandar dan sistem perbankan luar bandar
Presiden Manual Rosax
Melaksanakan reformasi tanah pada tahun 1946.
Bertujuan melindungi penyewa tanah dari ditindas oleh tuan tanah.
Reformasi tanah telah meluluskan perkongsian di antara tuan tanah dengan penyewa dari 30% kepada 70%.
Presiden Macapagal
Meningkatkan usaha pengeluaran makanan dan menjalankan program sosioekonomi yang tegas.
Mementingkan bidang pertanian dan eksport pertanian ke luar
negara.
Menubuhkan Lembaga Kelapa Filipina.
Menghapuskan kawalan pertukaran asing dan memperkenalkan sistem kawalan harga.