Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA - Coggle…
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
LAPORAN FENN-WU (1951)
Laporan Barnes mewujudkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Cina dan India menyebabkan tertubuhnya Jawatankuasa Fenn-wu (1951) yang diketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Ten Yao
Tujuan
1) Bagi mengkaji semula Laporan Barnes
2) Memenuhi kehendak masyarakat Cina yang menganggap Laporan Barnes bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya Cina
3) Mengelakkan perpecahan perpaduan antara kaum lain kerana rakyat terpaksa mempelajari 1 atau 2 bahasa sahaja.
Usul
1) Mempertahankan kewujudan sekolah Cina
2) Sukatan pembelajaran mengikut negara China dan bukannya Tanah Melayu bagi mengelakkan penghakisan budaya dan adat Cina
3) Sekolah vernakular dibenarkan menggunakan 3 bahasa seperti bahasa Melayu, Cina dan Tamil
4) Sekolah kebangsaan dikekalkan dengan menggunakan bahasa Inggeris
5) Sekolah vokasional dibanggunkan serta dikembangkan bagi menampung keperluan tenaga kerja mahir
Cadangan
1) Membina maktab perguruan Cina
2) Meminta kerajaan untuk menambah bantuan kewangan kepada pentadbir sekolah Cina
3) Menubuhkan Kolej Latihan Guru
4) Memberi latihan dalam perkhidmatan pada hujung minggu di Sekolah Cina bagi menampung kekurangan guru terlatih
5) Kerajaan British perlu memberi galakkan kepada orang Cina untuk memilih sistem pendidikan yang melibatkan pengajaran ketiga-tiga tersebut iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Cadangan bagi Laporan Fenn-Wu 1951 ialah ia ditolak kerana tidak menguntungkan kepada bangsa Melayu
ORDINAN PELAJARAN 1952
Pihak British telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran yang berperanan untuk menyemak Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu bagi menyeragamkan dasar pendidikan
Hasil kajian dan semakan telah mewujudkan laporan iaitu Ordinan Pelajaran 1952 yang dibentang di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah diluluskan pada September 1951 tetapi dijalankan pada 1952
Cadangan dalam ordinan
1) Mengadakan 2 sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan (bahasa Melayu dan sekolah inggeris (bahasa Inggeris)
2) Sekolah vernakular Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga
3) Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris manakala bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Melayu
Cabaran pelaksanaan
1) Mendapat tentangan kuat daripada kaum lain kerana tidak mahu bahasa Inggeris dan Melayu menjadi bahasa pengantar.
2) Masalah kewangan
3) Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dlam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
Cabaran tersebut telah mewujudkan satu lagi jawatankuasa khas yang dikenalii Kertas Putih diterbitkan pada Oktober 1954 tetapi turut ditentang secara bulat-bulat oleh kaum Melayu kerana tidak mahu menerima aliran kebangsaan dalam sekolah vernakular
LAPORAN RAZAK 1956
Laporan Razak diperkenalkan pada April 1956 yang diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein
Bagi mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi setiap kaum
Kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenalisebagai Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran
Peranan jawatankuasa
Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yangterkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 dan sebagainya
Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan.
Laporan tersebut dikenali sebagai Penyata Razak yang diperkenalkan pada 6 Mei 1956
Ciri-ciri sitem pendidikan kebangsaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar
Kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air
Sukatan pelajaran yang mempunyai isi kandungan yang sama bagi setiap sekolah.
Cadangan
1) .Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendahdan menengah
2) Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahasapengantar bagi sekolah jenis kebangsaan
3) 2 jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik
4) Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah MenengahRendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti
5) Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua
6) Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan
7) Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional
8) Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
Tujuan Penyata Razak 1956
1) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
2) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
3) Menyediakan kemudahan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif