Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Asas Dasar Luar Negara - Coggle Diagram
Asas Dasar Luar Negara
Konsep Dasar Luar
- Sesebuah negara yang bermudung dalam sistem antarabangsa akan merentasi sempadan negara lain sama ada melibatkan semua interaksi atau kegiatan secara langsung atau tidak langsung.
- Kewujudan hubungan ini berlaku dalam hubungan diplomatik, perdagangan antarabangsa, perlancongan, pengangkutan antarabangsa, komunikasi antarabangsa, gerakan agama antarabangsa, gerakan politik antarabangsa, pakatan tentera antarabangsa atau sesuatu matlamat yang ingin dicapai bagi
beberapa buah negara secara bersama.
- Kebiasaan syarat tunggal dalam perhubungan antarabangsa ialah perhubungan seseorang atau kumpulan dengan negara yang lain atau antara negara dengan negara yang lain. Bagi maksud dasar luar adalah sesebuah negara membuat hubungan dengan negara yang lain
- Dasar luar merupakan garis panduan umum antara sesebuah negara dengan negara yang diadakan jalinan perhubungan. Dasar ini juga sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan keperluan negara dan persekitarannya.
-
Perjanjian Pertahanan, Lima Negara (1971)
- Jika Malaysia diserang oleh sebarang kuasa luar, Britain secara automatik akan terlibat dalam memberi bantuan untuk mempertahankan Malaysia.
Perjanjian Pertahanan (AMDA, 1957)
- Jika Malaysia menghadapi serangan daripada kuasa luar, terpulang kepada budi bicara negara anggota perjanjian untuk dalam memberi bantuan untuk menentukan sama ada ingin terlibat atau tidak.
-
- Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations)
- Pada 17 September 1957,Malaysia telah diterima secara rasmi menjadi anggota ke-82,Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Keputusan ini dibuat selaras dengan dasar Malaysia untuk berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara untuk menjamin kemakmuran dunia.
- Wakil tetap Malaysia yang pertama di PBB iaitu Dato' Dr. Ismail bin Dato'Abdul Rahman menegaskan ikrar kerajaan dan rakyat Malaysia dalam memelihara prinsip dan matlamat Piagam PBB
- Antara isu-isu yang disuarakan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti Malaysia bersama Ireland mengutuk tindakan China yang menceroboh hak asasi rakyat Tibet pada tahun 1959. Begitu juga dengan tindakan oleh kuasa-kuasa besar yang menceroboh negara-negara kecil seperti tindakan pencerobohan Rusia di Czechoslovakia (1968), Vietnam di Kampuchea (1979), Rusia di Afghanistan (1980) dan Iraq ke atas Kuwait (1990). Selain itu pula, Malaysia menganggotai Jawatankuasa Khas Bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Apartheid di Afrika Selatan.
- Isu penjajahan dan perjuangan kemerdekaan, Malaysia sangat tegas dan menyokong kuat pergerakan perjuangan kemerdekaan yang terlibat seperti penjajahan Portugis di Angola dan Mozambique, Belanda di Irian Barat, Peranchis di Algeria dan Britain di Rhodesia Selatan.
- Malaysia juga terlibat dalam beberapa misi pengaman PBB seperti menghantar pasukan tentera bagi memulihkan keamanan di Congo dan Pasukan Pendamai PBB untuk mengawal gencatan senjata antara Iran dan Iraq tahun 1988. Pada 1989 pula,Malaysia menyertai PBB untuk menjaga keamanan di Namibia dan di Bosnia-Herzegovina serta Somalia. Malahan turut mengawasi perjalanan pilihan raya umum di Kampuchea.
- Malaysia telah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB sebanyak dua kali (1965 dan 1989-1990) di atas sumbangan Malaysia kepada PBB serta menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan PBB selama sebulan dalam tempoh tersebut. Encik R. Ramani dan Tan Sri Razali Ismail telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis eselamatan PBB tersebut.