Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penglibatan dalam Pertubuhan Antarabangsa - Coggle Diagram
Penglibatan dalam Pertubuhan Antarabangsa
Association of South East Asian Nations (ASEAN)
Latar Belakang Penubuhan
Malaysia,Indonesia dan Fillipina merupakan tiga negara yang berjiran ingin menjalinkan semula hubungan dan membuka lambaran baharu dengan kemula hun unmimpin yang baharu di Indonesia dan Filipina
Pada bulan Mac 1966 di Indonesia, jawatan Presiden Sukarno telah diambil alih secara rasmi oleh Jeneral Suharto. Manakala di Filipina pula,Ferdinand E. Marcos telah dipilih dalam pilihan raya Presiden yang diadakan pada tahun 1965 menggantikan Macapagal.Kedua-dua pemimpin baharu ini berminat untuk memulihkan semula hubungan dengan Malaysia dan berunding untuk menyelesaikan perselisihan yang berlaku.
Pada 8 Ogos 1967 di Bangkok,tertubuh organisasi yang dikenali sebagai 'Persatuan Negara-negara Asia Tenggara' atau Association of South East Asian Nations (ASEAN),hasil dari beberapa siri rundingan. Lima buah negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura telah menandatangani pengisytiharan melalui Deklarasi Bangkok.
Diantara matlamat ASEAN ialah:
(a) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan budaya di rantau Asia Tenggara;
(b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau serta patuh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berasaskan prinsip hormat-menghormati;
(c) Meningkatkan kerjasama dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan dalam bidang pelajaran, teknikal dan professional;
(d) Bekerjasama dengan lebih berkesan dalam bidang pertanian dan perindustrian;
(e) Meluaskan perdagangan dengan mengkaji masalah komoditi antarabangsa, kemudahan pengankutan dan perhubungan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Bentuk Kerjasama
Bidang Ekonomi
Penghapusan cukai barangan eksport antara negara-negara anggota
Projek Perindustrian Enjin Diesel (Singapura) - Projek Baja Urea (Indonesia dan Malaysia)
Projek Superfosfat (Filipina)- Projek Serbuk Soda (Thailand)
Kerjasama dalam aspek perhutanan dengan Kanada- Kerjasama cari gali minyak di Telok Siam (Malaysia dan Thailand)
Pelajaran
Pertukaran pelajar dalam kalangan universiti ASEAN
Keutamaan dalam bidang pengajian Asia Tenggara (Contoh: ekspedisi arkeologi dijalankan di Singapura pada tahun 1987)
Kebudayaan
Pesta filem ASEAN
Lawatan rombongan kebudayaan ASEAN
Perisytiharan Kuala Lumpur 1971
ASEAN telah mengeluarkana satu pengisytiharan yang
dinamakan 'Pengisytiharan Kuala Lumpur' dalam Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada tahun 1971. Tujuannya untuk mewujudkan sebuah Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) di Asia Tenggara. Dengan ini negara-negara di rantau Asia Tenggara mengambil pendirian berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dan juga mengelak campur tangan kuasa besar dunia seperti Rusia, China, dan Amerika Syarikat.
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)
Perang Dunia Kedua telah menimbulkan blok Barat dan blok Timur akibat permusuhan antara dua kuasa besar dunia iaitu Rusia dan Amerika Syarikat. Negara-negara berkecuali (NAM) merupakan negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa blok dunia.
Amerika Syarikat mengetuai blok Barat yang mendapat sokongan daripada Britain, Perancis dan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan ekonomi kapitalis. Manakala blok Timur diketuai oleh Rusia dan mendapat sokongan daripada China, Jerman Timur,Korea Utara, negara-negara di Eropah Timur dan lain-lain yang mengamalkan fahaman komunis. Kedua-duanya sentiasa bersaing antara satu sama lain dengan menunjukkan kekuatan masing-masing melalui konfrontsi aman dikenali sebagai Perang Dingin.
Pada tahun 1955, Amerika Syarikat telah membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South East Asia Treaty Organisation-SEATO) untuk membendung fahaman komunis di Asia Tenggara.
Walaupun pembahagian blok Barat dan blok Timur telah membahagikan dunia kepada dua kuasa blok politik tetapi masih ada negara-negara yang mengamalkan pendirian berkecuali dan menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Alignment Movement-NAM) dan menjalinkan hubungan dengan semua negara.
Pada tahun 1955,cadangan awal penubuhan NAM dibangkitkan dalam Persidangan Kemuncak Negara Berkecuali di Bandung, Indonesia dan telah dihadiri oleh 25 buah negara dari Afrika dan Asia. Akhirnya, NAM ditubuhkan secara rasmi di Belgrade, Yugoslavia. Beberapa negara yang turut menaja penubuhan tersebut ialah Yugoslavia, India, Indonesia dan Republik Arab Bersatu.
Peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)
(a) Pada bulan September 1970, Malaysia mula menjadi anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Malaysia menyertai pergerakan tersebut sejak merdeka:
*menyelsaikan secara aman setiap pertikaian yang berlaku
*menghormati kedaulatan wilayah negara lain
*mengamalkan hidup berprinsip secara aman
*tidak mencampuri urusan negara lain walaupun pergerakan subversif.
(b)Sumbangan Malaysia dalam NAM:
Meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara yang sedang membangun Dan negara miskin melalui Kerjasama Selatan-Selatan
Memperjuangkan isu Antartika sebagai Hak warisan bersama
Mempertahankan pendidikan dalam persidangan dan forum antarabangsa termasuk PBB
Mempelopori tindakan memerangi penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa
Berusaha menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Malaysia merupakan ahli Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Conference (OIC) yang beribu pejabat di Jeddah,Arab Saudi.Hubungan Malaysia dengan negara Islam yang lain sangat rapat.
Pada tahun 1961,Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan organisasi ini tetapi tidak mendapat sambutan. Usaha tersebut diteruskan dan pada September 1969,Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Negara-negra Islam di Rabat, Maghribi telah meluluskan sebuah Sekretariat Menteri-menteri Luar Negara Islam di Jeddah,Arab Saudi.
Sekretariat Menteri-menteri Luar Islam secara rasminya ditubuhkan pada bulan Mac 1971 dan Tunku Abdul Rahman yang baharu sahaja berpencen telah dipilih menjadi Setiausaha Agung Sekretariat Islam yang pertama serta ditukar nama kepada Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Conference (OIC).
Pelbagai tujuan ditubuhkan untuk mewujudkan kerjasama dan memupuk perpaduan sesama Islam di seluruh dunia. Pada bulan Februari 1974, Tabung Perpaduan Islam ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup dalam kalangan anggota negara OIC. Selain itu, tabung ini juga dapat membiayai kegiatan dakwah Islamiah,menggalakkan penyelidikan saintifik dan membantu rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah jajahannya daripada Israel.Pada bulan Oktober 1975, OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk mengukuhkan pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial dalam kalangan negara Islam.
Peranan Malaysia menyelesaikan isu antarabangsa umat Islam
Usaha mencari perdamaian di Timur Tengah, menyelsaikan perang saudara antara Iran dan Iraq, memulihkan semula hubungan Mesir dengan negara Islam yang lain sebab Mesir telah disingkir akibat menjalinkan hubungan dengan Israel, menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur dengan bantuan OIC dan negara Islam yang lain. Para pelajar dari Nigeria, Gambia, Bangladesh dan Sri Lanka belajar di UIA dengan bantuan kerajaan Malaysia, dan membantu rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air yang diduduki oleh Israel.