Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PELAKSANAAN PEDAGOGI INKLUSIF BAGI MBK MASALAH PEMBELAJARAN - Coggle…
PELAKSANAAN PEDAGOGI INKLUSIF BAGI MBK MASALAH PEMBELAJARAN
Pedagogi Inklusif
Keseluruhan kaedah, pendekatan, bentuk dan prinsip pengajaran yang digunakan bagi meningkatkan
penyertaan semua pelajar (Makoelle, 2014).
Pedagogi inklusif dapat dibezakan apabila cara
pengajaran guru itu menerima perbezaan keperluan murid yang ada di dalam kelas itu (Florian, 2016).
Contoh: MBK masalah pendengaran yang memasuki ke dalam kelas perdana yang ada sokongan tambahan guru pakar masalah pendengaran.
Perbincang Kajian
Kesan Pedagogi Inkusif terhadap perkembangan sosial MBK
Membantu MBK meningkatkan rasa keyakinan diri iaitu murid memberi respons terhadap soalan guru secara spontan.
MBK dapat bekerjasama dalam kumpulan seperti memberi idea dan bertukar pandangan dengan rakan-rakan di dalam kumpulan
Penyertaan bersama oleh MBK dan murid arus perdana telah memberi kelebihan kepada MBK bagi
membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan kemahiran mereka terutama kemahiran sosial.
Pembelajaran secara kendiri telah memaksimumkan penglibatan semua murid apabila MBK dan arus perdana bersama-sama berbincang atau berrkongsi idea atau pendapat.
Kebergantungan kepada guru pendidikan khas semakin berkurangan apabila MBK sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran di lingkungan sosial mereka seperti pergi ke kantin dengan sendiri.
Kesimpulan
Keberhasilan utama pedagogi inklusif yang digunakan iaitu dari segi perkembangan sosial murid mampu memberi kesan yang besar kepada MBK selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kemahiran sosial banyak dikaitkan dengan proses pembentukan
kendiri individu.
Guru perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang merentas semua cabang kurikulum bagi membolehkan semua murid belajar dan melibatkan secara aktif dalam kelas.
Pelaksanaan Pedagogi Inklusif
Model Sosial: Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Aktif.
Pengajaran secara berkumpulan. Kerjasama dapat diwujudkan apabila murid bekerjasama antara satu sama lain, membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid dalam kumpulan.
Model Peribadi/Kendiri :
Non-Directive Teaching Model
Guru sebagai pemudah cara meningkatkan penguasaan murid dengan memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membebas untuk mengeluarkan idea.
Model tingkah laku: Kaedah bercerita
Membolehkan MBK memamahi sesuati situasisosial dengan memberi penekanan kepada nilai murni dan tingkah laku yang menggunakna kiu visual.
Contoh: Gambar bersiri, papan cerita menarik
Model Pengajaran bersama: Kaedah pengajaran bersama
(Supportive Co-Teaching)
Apabila dua atau lebih orang berkongsi tanggungjawab untuk mengajar sebilangan atau semua pelajar di dalam sebuah kelas (Villa et al., 2004).