Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Wawasan 2020 - Coggle Diagram
Wawasan 2020
-
-
-
Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara sesebuah negara industri yang maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititikberatkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik dan ketinggian taraf hidup.Terdapat sembilan cabaran yang dihadapi oleh negara malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.
-
-
Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
abaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan diri dapat menghadapi sebarang rintangan. Mereka mempunyai keyakinan diri untuk menghadapi sebarang rintangan dengan tenang secara inovatif. Di samping itu, mereka memiliki kemampuan untuk mematahkan serangan musuh dengan mudah. Masyarakat seperti ini mampu membangunkan negara dan mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa.
-
-
Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan bertoleransi
Cabaran kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak akan bertindak secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain. Di samping itu mereka juga dapat bekerjasama tanpa mengira latar belakang agama, budaya dan bangsa. Antara langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi ialah; (1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (2) Dasar Pendidikan Kebangsaan (3) Dasar Bahasa Kebangsaan
Tuntasnya, Wawasan 2020 merupakan gagasan untuk memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di dunia. Dalam merealisasikan wawasan penekanan diberikan kepada perpaduan kaum, integrasi nasional, serta pengagihan kekayaan secara adil.