Akhlak merupakan aspek penting dalam tamadun Islam. Akhlak menjadi asas kepada kelahiran tamadun. Sekiranya umat Islam berakhlak baik, maka tamadun yang terhasil juga adalah baik. Seseorang itu hendaklah memiliki sifat mahmudah seperti ikhlas, bertakwa, sabar, pemaaf dan lain-lain. Sebaliknya, sifat-sifat keji seperti mungkir janji, membuka aib, rasuah, riba, mencuri, batu api dan lain-lain hendaklah dijauhi demi kesejahteraan negara dan tamadun Islam