Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Langkah menangani keruntuhan akhlak pergaulan bebas = individu, Nama : -…
Langkah menangani keruntuhan akhlak pergaulan bebas = individu
Penjagaan Ikhtilat
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ ٣٠ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya
Muslimin : - Menjaga pandangan dan memelihara kemaluan supaya terhindar dari berlaku persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi (seperti berjabat tangan)
Muslimat : - Menjaga pandangan, menutup aurat dengan sempurna dan tidak memakai wangi-wangian supaya terhindar daripada berlaku persentuhan kulit dengan lelaki.
Penjagaan aurat
Muslimin: – Pakaian tidak terlalu nipis & tidak terlalu ketat – Menutup aurat antara pusat ke lutut – Pakaian tidak menyerupai perempuan
Muslimat: – Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan – Pakaian tebal, longgar dan tidak menyerupai lelaki – Melabuhkan tudung menutupi dada – Memakai stoking (tutup kaki)
لَوْ اطَّلَعَ فِي بَيْتِكَ أَحَدٌ وَلَمْ تَأْذَنْ لَهُ خَذَفْتَهُ بِحَصَاةٍ فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ
Jika ada orang yang berusaha melihat (aurat keluargamu) di rumahmu dan kamu tidak mengizinkannya lantas kamu melemparnya dengan kerikil sehingga membutakan matanya maka tidak ada dosa bagimu
Ikhtilat yang bertujuan
Jika sekiranya perlu melihat, maka janganlah diiringi oleh nafsu syahwat
Sabda Baginda Sallallahu’alaihiwasallam:
لاَ تَتَّبِعْ النَّظْرَة النَّظْرَةَ ، فَإِنَّ الأُوْلَى لَكَ وَالآخِرَةَ عَلَيْكَJanganlah kamu susuli satu pandangan dengan pandangan yang lain. Pandangan yang pertama itu untuk engkau (tidak berdosa), dan yang kedua tidak (iaitu engkau akan dihukum atas pandangan kali kedua tersebut
Pihak lelaki dan perempuan mestilah cuba untuk memendekkan masa percampuran / ikhtilat tersebut tanpa perlu memanjangkannya.
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
كَالرَّاعِيْ يرعَى حَوْلَ الْحمى يوُشِكُ أَنْ يرتَعَ فِيْهِ ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِك حِمى أَلاَ وَإِنَّ حِمى اللهِ مَحَارِمُهُ …sebagaimana pengembala yang mengembala di sempadan/batasan, dikhuatiri akan meragut di luar dari sempadan. Setiap raja itu ada sempadan, dan sempadan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram
Dalil-dalil larangan ikhtilat
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
1.Asyhraff bin Shamsudin
2:Husnul Hadi Bin Mustapha
3.Muhammad Fazaril Ikhmal Bin Mohd Zaharudin
Nama :