Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri Khusus Agama Islam - Coggle Diagram
Ciri-ciri Khusus Agama Islam
HUKUM TAUHID
Islam sebagai agama memiliki beberapa prinsip yang harus dipegang teguh oleh pemeluknya.
Salah satu prinsip penting yang terdapat dalam Islam ialah prinsip tauhid. Prinsip ini menjelaskan
bahawa seluruh manusia ada di bawah ketetapan yang sama sebagai hamba Allah.
Jenis Tauhid
Rububiyyah - Beriman bahawa Allah sahaja memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk
Uluhiyyah - Berimana bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah dan tiada syirik kepada Allah
Asma' Wa Siffat - Beriman bahawa Allah mempunyai sifat kesempurnaan dan bersih dari kekurangan
Ilmu Tauhid
Wajib
Mustahil
Harus
ALAMIYYAH
Maksud alamiyyah ialah sarwajagat, agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.
PRINSIP ALAMIYYAH
Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik kejadian
Nilai keadlian islam bersifat sejagat
Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Islam menjamin hak asasi manusia
HAK ASASI MANUSIA YANG DIJAMIN DALAM ISLAM
Kebebasan beragama
Kebebasan bersuara
Kebebasan memiliki harta
Melindungi nyawa, memelihara kehormatan dan harta benda
Mengutamakan keamanan dan kedamaian
AL-THABAT WAL MURUNAH
Perkataan al- Thabat bermaksud tetap dan mantap. Hal ini bermakna dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyatakan secara tetap atau qat’ie, tidak boleh dipinda atau diubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya
Contoh: Beriman kepada rukun Islam dan rukun Iman
Murunah - Anjal iaitu ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW boleh berubah mengikut kesesuaian namun prinsip asasnya masih tetap sama.
Contoh
Kewajipan menutup aurat. Seseorang itu wajib menutup auratnya, namun Islam memberi kemudahan kepada umatnya untuk mempelbagaikan fesyen asalkan tidak terkeluar dari batas yang ditetapkan
Dibolehkan untuk solat dalam keadaan duduk jika tidak mampu berdiri, dibolehkan solat jamak dan qasar ketika bermusafir
Ibadah haji diwajibkan sekali seumur hidup dan kepada mereka yang berkemampuan sahaja