Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGLIBATAN DALAM ORGANISASI ANTARABANGSA - Coggle Diagram
PENGLIBATAN DALAM ORGANISASI ANTARABANGSA
sejarah penubuhan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi wujud pada 24 Oktober 1945 di New York. Pada tahun 1945, 'wakil-wakil daripada 50 buah negara bertemu di San Francisco pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pertubuhan Antarabangsa untuk merangka Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perwakilan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan piagam PBB seperti yang dicadangkan oleh wakil China, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikat di Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat pada bulan Ogos hingga Oktober 1944.
Piagam ini telah ditandatangani pada 26 Jun 1945 oleh wakil daripada 50 buah negara tersebut. 5 Poland yang tidak diwakili di Persidangan telah menandatanganinya kemudian dan menjadi salah satu daripada 51 ahli asal.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang diwujudkan untuk membuat penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, keselamatan, pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan hak asasi manusia bagi negara-negara di seluruh dunia.
penglibatan Filipina dalam PBB
Filipina menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
b) Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.
c) Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 “Non-Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.
d) Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia Pacific Ekonomic Cooperation” (APEC), “World Trade Nations Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan lain-lain
penglibatan Thailand dalam PBB
Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang Korea.
Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi.
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung ke-11 PBB.
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
(FILIPINA)
b) Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis.
c) Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir. Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954. Filipina merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina.
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
(THAILAND)
Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China.
SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama ketenteraan.
Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah di rantau Asia Tenggara.