Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Islam Dan Pembangunan Sepadu Konsep Bersepadu, AHLI KUMPULAN -…
Islam Dan Pembangunan Sepadu Konsep Bersepadu
ISLAM
Definisi Islam
(aslama & salamah) yang membawa 2 maksud iaitu penyerahan dan keamanan.
Orang islam pula didefinisikan sebagai kalangan yang menyerah diri secara total kepada Allah untuk mencapai ketenangan, keamanan, kesejahteraan.
Al-quran mendefinisikan orang Islam sebagai golongan yang saling bantu membantu dalam perkara kebaikan dan mengajak mamusia menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran.
agama Islam adalah agama kepada dunia seluruhnya, kepada semua umat manusia, melangkaui sempadan-sempadan masa, tempat dan keadaan.
Konsep Pembangunan Bersepadu
Islam tidak mengiktiraf konsep dualisme antara rohani dan jasmani yang mana kedua-duanya merupakan kesatuan yang tidak mungkin terpisah.
Tidak dianggap seseorang itu Islam walaupun dia jujur, beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, hari akhirat dan qada’ dan qadar sekiranya dia tidak mengamalkan amalan dan perbuatan seperti solat, zakat, berpuasa dan menunaikan haji.
Kesepaduan antara kebendaan dengan rohani ini juga sekaligus bererti islam tidak memisahkan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat
Dalam perjalanan manusia menuju kesempurnaan dalam menjalnkan tugas sebagai hamba wakil Allah untuk mentadbir, kedua-dua unsur ini dianggap sebagai kurniaan dan amanah Allah, dan kedua-dua unsur ini memerlukan pengisian yang seimbang.
Islam bukan agama yang menolak atau menafikan dunia, tetapi agama yang mengesahkan bahawa dunia ini dijadikan oleh Allah untuk kegunaan manusia.
Islam mengajar umatnya bersifat rasional dan positif terhadap dunia dan fungsi manusia sebagai hamba Allah di alam nyata ini.
Kehidupan kebendaan menurut perspektif Islam adalah melaksanakan amanah Allah, untuk kepentingan bersama dan perlu dinikmati dengan rasa syukur kepada Allah.
Kehidupan kerohanian adalah di tahap yang setinggi mungkin.
Perbezaan Perspektif
Menurut Alfred Boone dalam bukunya, Studies In Economic Developmet, pembangunan adalah sebagai siri-siri kegiatan ekonomi yang membawa kepada peningkatan pengeluaran para pekerja juga pertambahan dalam kadar pendapatam perkapita.
Di dunia Barat, keuntungan dan kekayaan material merupakan objektif utama kepada semua kegiatan pembangunan, khasnya pembangunan ekonomi.
Konsep kemajuan, tamadun, hadarah, civilazation umumnya di tanggapi dalam konteks yang sempit dan terbatas kepada soal-soal material semata.
Penumpuan yang berat sebelah kepada pembangungan material sama ada kapitalis ataupun sosialis, yang rata-rata dimodelkan oleh negara orang Islam sekarang melahirkan gejala sosiobudaya negatif.
Prof Mohd. Kamal Hassan dalam kertas kerjanya, Pembangunan Manusia Secara Sepadu dan Implikasinya ke Atas Pendidikan Kebangsaan, menyatakan beberapa aspek negatif yang dilahirkan oleh pembangunan hedonisme iaitu inflasi, kesesakan kota, ketidaksamarataan pendapatan, pengangguran, pembaziran sumber-sumber alam dan tenaga, dan sebagainya yang menggugat ketenteraman hidup rakyat
Penyakit sosiobudaya seperti kehilangan adab, pemujaan kepada gaya hidup sensate yang berpaksikannhedonisme nafsu seperti budaya hiburan, budaya dadah dan lain-lain.
Pembangunan sepadu menurut perspektif Islam adalah pembangunan yang menjadikan nilai-nilai moral dan kerohanian sebagai dasar yang memimpin setiap kegiatan ekonomi, politik dan budaya manusia.
Konsep kemajuan dalam Islam mempunyai sifat yang menyeluruh, merangkumi aspek moral, kerohanian dan kebendaan.
Maju mundur seseorang itu bukan dimaksudkan kepada kemajuan lahiriah semata tetapi kepada rohani manusia itu sendiri sebagai elemen yang memimpin kekayaan materialnya.
AHLI KUMPULAN
SAFWAH NADHIRAH BINTI NAHAR(18BI05037)
SYAIFATUL CHUSNA BINTI SOLEH (18BI05042)
ULFAT BINTI ZAKARIA (18BI05045)