GEJALA ZINA

FAKTOR-FAKTOR ZINA

PENGARUH MEDIA SOSIAL
Pengaruh media sosial dan persekitaran merupakan penyumbang yang terbesar kepada keruntuhan akhlak remaja. Hal ini kerana, pada zaman serba moden ini terdapat pelbagai cara dan taktik yang canggih bagi merosakkan jiwa dan fikiran remaja, khususnya remaja islam yang mudah dipengaruhi. Sebagai contoh, racangan hiburan yang keterlaluan aksinya sehingga menjatuhkan maruah dan harga diri wanita islam.

PENGARUH RAKAN SEBAYA
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya penzinaan ini adalah pengaruh rakan sebaya. Rakan merupakan teman yang paling rapat dalam hidup seseorang yang menyebabkan seseorang itu berkongsi segala masalah dan cadangan yang dihadapi dalam kehidupan, dengan ini berlakunya titik tolak kepada pengaruh gejala yang sihat dan tidak sihat.

SIKAP INGIN MENCUBA
Sikap ingin mencuba ini menyebabkan seseorang remaja mudah terpengaruh dengan gejala sosial ini. Hal ini kerana, masyarakat pada masa kini lebih menumpukan kepada kehidupan bebas daripada terikat dengan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.

click to edit

click to edit

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA ZINA

KESAN BURUK GEJALA ZINA DALAM KEHIDUPAN

HADIS: ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

TERSEBARNYA PENYAKIT

HILANGNYA SIFAT MALU

LAHIRNYA ANAK-ANAK HARAM

Menundukkan pandangan dari hal yang haram.
Menundukkan pandangan ni bukan hanya diaplikasikan di dunia nyata saja ya malah di dunia maya (internet, Tv) sekalipun. Jangan pandang pasangan lawan jenis dengan pandangan berahi. Elakkan lah seboleh mungkin, supaya terhindar daripada dosa dan daripada terbekasnya maklumat awal dalam otak kita yang mana boleh membawa kepada bangkitnya naluri seksual kita sendiri.

Menutup aurat
Dengan menutup aurat kita dapat mengelakkan diri kita dan orang lain daripada melakukan perkara maksiat. Ini kerana, aurat yang terdedah mampu menaikkan hawa nafsu yang akan mengakibatkan lebih banyak kerosakkan dan kemungkaran.

Menjaga ikhtilat
Ikhtilath ialah percampuran antara lelaki dan perempuan. Dengan menjaga ikhtilat kita dapat menghindarkan diri daripada pelbagai perkara yang boleh menaikkan nafsu iaitu dari segi pandangan, percakapan dan pendengaran.

Mendalami ilmu agama islam dengan lebih mendalam
kelengkapan ilmu agama yang dimiliki oleh seseorang mampu membazakan diantara yang haram dan halal. Seseorang itu juga akan lebih takut melakukan maksiat kerana ia tahu akan akan azab Allah yang akan menantinya diakhirat kelak.

  1. Maksiat dapat melenyapkan perasaan malu. Malu ialah sumber kebajikan, namun jika rasa malu telah hilang maka hilanglah seluruh kebaikannya.
  2. Bahkan terdapat juga di antara golongan ini yang menceritakan keadaan dan kejahatannya sendiri tanpa rasa malu.
  3. Malu merupakan sumber kehidupan hati dan pokok pangkal segala kebaikan. Apabila hilangnya sifat malu maka hilangnya kebaikan segala menyeluruh.
  1. Perbuatan zina atau hubungan seks di luar pernikahan akan mengakibatkan penyakit kelamin seperti syphilis dan gonorrhea (kencing nanah).
  2. Kedua jenis penyakit kelamin ini banyak tersebar ke seluruh dunia pada masa kini yang menyerang alat kelamin dan boleh menular atau berjangkit kepada orang lain setelah mengadakan hubungan seks (Muhammad Ali Imran 1996)
  3. Selain itu, penyakit yang boleh datang hasil dari penzinaan adalah AIDS. AIDS ialah kehilangan system imunan tubuh seseorang.

NAMA AHLI KUMPULAN:

  1. MUHAMMAD IFHAM BIN MOHD FARIZAD
  2. MUHAMMAD HAZIQ BIN ZA'BAR
  3. MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN AMRAN

KELAS: F1H

KEJUTAN BUDAYA
Kejutan budaya yang dibawa oleh anasir-anasir barat sangat memberi kesan kepada masalah sosial remaja islam. Seperti, gaya hidup yang bebas tanpa ada batasan antara lelaki dan perempuan dan pemakaian penyanyi dan pelakon barat yang mempengaruhi minda remaja islam. Contohnya, isu yang hangat disebarkan iaitu beberapa remaja wanita islam dengan rela hati berpeluk dan bercium dengan penyanyi pujaan korea mereka tanpa menghiraukan maruah dan harga diri sebagai wanita islam.

  1. Apabila melahirkan zuriat yang dapat mewarisi dari keturunan yang tidak soleh. Maka sudah tentu anak yang dilahirkan oleh seorang perempuan yang berzina tidak diketahui asal usul keturunannya.
  2. Bahkan, lelaki yang tidak bertanggungjawab sudah tentu tidak bersedia mahu bertanggungjawab untuk memelihara atau mendidiknya.
  3. Perkara akan menjadi semakin rumit apabila anak tersebut perlu dinasabkan.
  4. Seseorang yang lahir dari perkahwinan haram, ketika menghadapi masyarakat akan merasa rendah diri kerana aib telah terconteng di mukanya sejak lahir.
        PENGENALAN 

zina merupakan perkara yang amat dilarang dalam islam. Jumhur ulama' telah bersepakat bahawa hukum zina adalah haram. Menurut imam Ahmad, dosa yang paling besar selepas dosa membunuh ialah dosa berzina. Perbuatan zina adalah dosa yang melibatkan seseorang dengan orang lain iaitu antara lelaki dan perempuan.