Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
pembangunan ekonomi thailand - Coggle Diagram
pembangunan ekonomi thailand
dasar ekonomi
Dari segi ekonomi, penduduk Thailand amat bergantung kepada pertanian terutamanya pertanian padi diikuti dengan getah, bijih timah, kayu jati, jut dan sebagainya.
Thailand juga terkenal dengan penghasilan batu permata, garam dan batu kapur.
Penduduk Thailand juga aktif dalam aktiviti menangkap ikan di sungai, lombong, kawasan pantai, dan laut.
perusahaan beras
Beras menjadi sumber hasil kerajaan yang utama, iaitu hampir 70% pada akhir tahun 1930-an. Beras kekal sebagai tunggak ekonomi Thailand sehingga kini.
Penanaman padi dijalankan secara komersial. Industri penanaman padi berkembang dengan pesat hasil dari pengeluaran beras untuk perdagangan.
Kilang-kilang beras banyak terdapat di Dataran Tengah. Pada tahun 1915, kilang moden pertama dibina di Korat dan dalam tempoh lima belas tahun kemudian, tiga puluh buah kilang muncul di bahagian timur laut.
Perusahaan Bijih Timah
Bijih timah banyak terdapat di bahagian semenanjung selatan, berpusat di sekitar Phuket dan lokasi lain di bahagian barat Segenting Kra. Perkembangan bijih timah bermula dengan penggunaan kapal korek.
Penggunaan kapal korek melemahkan penguasaan orang Cina terhadap industri bijih timah.
Menjelang tahun 1930 terdapat tiga puluh buah kapal korek di kawasan selatan dan hasil pengeluaran adalah mengagumkan.
Pengusaha dari Straits Trading dan Eastern Smelting mula muncul selepas tahun 1900. Ini membuktikan penglibatan orang Eropah yang mempunyai modal dan kepakaran dalam industri melebur bijih timah.
Mulai tahun 1907, dasar ekonomi kerajaan adalah untuk menjadikan kawasan selatan Chumphron sebagai kawasan yang dikhaskan untuk syarikat asing dan orang perseorangan. Kerajaan juga memberikan layanan yang berpatutan kepada kepentingan asing yang terlibat.
Perusahaan Kayu Jati
Kayu jati banyak terdapat di kawasan bukit-bukau di utara dan diusahakan oleh suku dari hutan monsun dan di lembah-lembah Sungai Me-ping. Me-wang dan Salween.
Antara tahun 1905 hingga 1906, kayu jati merupakan eksport penting bagi ekonomi Thailand. Perusahaan kayu jati banyak dikuasai oleh pemodal Eropah dan orang Cina.
Perdagangan kayu jati amat menguntungkan serta merupakan sumber pendapatan kerajaan dan sumber pekerjaan bagi orang Thailand.
Antara tahun 1897 hingga 1926, kerajaan mendapat hasil purata sebanyak satu juta baht setahun daripada perdagangan kayu jati. Pada tahun 1930-an pula, kerajaan berjaya memperoleh sebanyak 67% keuntungan kasar daripada enam buah syarikat Barat yang utama.