Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
image - Coggle Diagram
-
-
-
MODEL PEMBELAJARAN: ADDIE
Pelaksanaan
Guru menggunakan aplikasi atau modul yang telah dibina di dalam kelas setelah penggunaannya diuji dan disimulasikan. Guru perlu memastikan semua alat media dapat digunakan dengan sebaiknya agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.
Penilaian
Murid diuji dengan pengukuhan dan penggayaan untuk menilai sejauh mana tehap penguasaan mereka terhadap ilmu dan kemahiran semasa pengajaran berlangsung. Jika kurang berjaya, guru akan mengolah dan mengubah suai media pengajaran yang digunakan.
Pembangunan
Selepas membuat analisis terhadap murid dan persekitaran guru memuatkan alamat tapak ke dalam folder Thinglink. Guru meletakkan bahan-bahan pengajaran dalam bentuk alamat internet sebagai bahan rujukan murid.Guru juga bersedia dengan kontinjensi jika keadaan internet tidak mengizinkan dengan memuat turun bahan ke dalam komputer.
Reka bentuk
Berdasarkan analisis persekitaran dan murid, sasaran pembelajaran ialah murid tahun 5 dalam subjek Pendidikan Islam Guru mengetahui ilmu sedia ada murid. Guru meletakkan objektif yang sesuai dengan tahap kognitif murid. Guru menyediakan instrumen pentaksiran yan sesuai di akhir pembelajaran.
Analisis
Guru menganalisis kemampuan pelajar dalam Pendidikan Islam tahun 5. Merancang penggunaan media pengajaran yang sesuai dengan kemampuan murid. Guru juga mengggunakan penilaian PBD pada sesi akademik tahun-tahun lalu untuk membuat analisis dan merancang objektif yang sesuai.