Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
4.5 Kanvas Model Perniagaan - Coggle Diagram
4.5
Kanvas Model Perniagaan
Kepentingan
Sebagai susun atur strategi untuk merangka idea atau konsep sesebuah perniagaan.
Setiap proses perniagaan itu lebih mudah hendak difahami.
Menjayakan sesuatu idea bisnes.
Mudah hendak diuruskan jika berlaku sesuatu perubahan kerana mudah untuk lihat kaitan antara setiap proses.
Kunci Utama
Aliran pendapatan
Ini sangat penting, bisnes tanpa untung adalah amal jariah. Pastikan anda tahu dari mana sumber keuntungan diperlolehi dan perhatikan sama ada ia berbaloi atau tidak dengan kos yang dikeluarkan.
Sumber keuntungan syarikat.
Sumber Utama
Ini adalah apa yang diperlukan secara praktikal untuk menjalankan aktiviti perniagaan anda seperti pejabat, kereta, pekerja, internet dan lain-lain lagi.
Sumber yang diperlukan untuk perniagaan.
Hubungan pelanggan
Cara anda mengekalkan hubungan dengan pelanggan.
Setia
Bagaimana anda kekalkan pelanggan sedia ada?
Kebanyakan syarikat akan menawarkan loyalty scheme untuk “ikat” pelanggan mereka, ada juga yang menawarkan promosi kecil-kecilan secara berterusan.
Tambah jualan
Bagaimana anda memastikan pelanggan guna lebih banyak produk anda?
Apabila anda sudah mempunyai pelanggan tetap, perlu pastikan mereka membeli product anda yang lain. Anda boleh cuba menjual dengan harga promosi, atau tawarkan harga dengan pakej kombo mengikut kesesuaian.
Sumber
Bagaimana pelanggan tahu pasal anda? Adakah pelanggan tahu dari usaha anda mempromosikan produk? atau ia dari review pelanggan setia?.
Aktiviti Utama
Blok ini cukup penting kerana ia menentukan kualiti produk anda. Jika aktiviti yang dilakukan tidak kena dengan value proposition, pelanggan tidak akan mendapat manfaat yang dijanjikan dan ini akan menyebabkan keuntungan turun mendadak, boleh rugi besar jika tidak diatasi dengan segera.
Aktiviti apa yang bantu menaikkan kelebihan produk anda?
Rangkaian
Blok ini mensasarkan cara anda mendapatkan pelanggan. Pelbagai cara boleh dilakukan, pemasaran mulut ke mulut seperti bualan suri rumah, pemasaran internet, atau menempah iklan di papan iklan besar di tepi lebuhraya. Anda boleh lakukan cara yang anda rasakan sesuai, selagi maklumat mampu sampai kepada bakal pelanggan.
Bagaimana mendapatkan pelanggan?
Rakan kerjasama
Rakan kerjasama adalah syarikat, pembekal atau pihak luar lain yang mungkin anda perlukan untuk mencapai aktiviti utama anda dan memberikan nilai kepada pelanggan.
Siapa rakan kerjasama anda?
Tawaran nilai
Kelebihan yang pelanggan akan dapat dari anda?
Blok ini, anda perlu menjelaskan kelebihan yang boleh pelanggan dapat apabila melanggan dari anda. Jika produk atau servis yang anda tawarkan sudah ada di pasaran, apa kelainan yang membuatkan pelanggan perlu memberi keutamaan kepada anda.
Kos struktur
Blok ini ingin memastikan kos perbelanjaan anda tidak terlalu keterlaluan atau sedikit, cukup untuk pastikan keuntungan melebihi perbelanjaan kos.
Jika dilihat dengan teliti, setiap satu blok ini memainkan peranan besar untuk memastikan bisnes berjaya. Tetapi, tidak semua perniagaan akan menggunakan kesemua blok kerana sasaran dan kedudukan syarikat juga memainkan peranan penting.
Berapa kos operasi perniagaan? Adakah sesuai dengan perbelanjaan?
Segmen pelanggan
Siapa pelanggan anda?
Blok ini memfokuskan kepada sasaran pelanggan tertentu. Ia boleh jadi pemborong, pengguna ataupun syarikat-syarikat yang bakal menjadi pelanggan. Jika mereka membeli atau menggunakan produk anda, mereka adalah sasaran pelanggan.
Bahagian Utama
Hantar Nilai
Bahagian ini merangkumi sumber, aktiviti dan juga rakan kongsi yang terlibat.
Kebiasaannya, bahagian ini hanya berlaku di dalam syarikat sahaja, tidak perlu didedahkan kepada orang luar.
Fokus kepada setiap aspek yang membantu pelanggan untuk menggunakan produk anda.
Tangkap Nilai
Andai kata nilai kos lebih tinggi berbanding nilai untung, terutama untuk jangka masa panjang, kebarangkalian besar untuk bisnes itu gagal sangat tinggi.
Memastikan bisnes untung.
Bina Nilai
Termasuklah dari segi jumlah pelanggan, kualiti produk dan juga hubungan dengan pelanggan.
Fokus pada setiap aspek yang melibatkan pelanggan anda.