Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
4.3 Pembiayaan dan Sumber modal - Coggle Diagram
4.3
Pembiayaan dan Sumber modal
Definisi
Hanya kekayaan yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sahaja dianggap sebagai modal.
Modal merupakan dana dan segala peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran seperti wang, inventori, kilang dan peralatan.
Merujuk kepada sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan kekayaan sesebuah perniagaan.
Bentuk modal
Modal bukan kewangan
Aset tetap adalah menetapkan susut nilai terhadap aset tersebut.
Modal dalam aset boleh terdiri daripada aset tetap dan aset semasa.
Aset semasa adalah aset yang tidak melibatkan susut nilai.
Merupakan modal selain daripada modal kewangan yang digunakan untuk membiayai operasi perniagaan.
Modal kewangan
Modal ekuiti
Boleh juga jual saham kepada ahli keluarga, orang yang dikenali.
Termasuk pendapatan tertahan ( keuntungan yang tidak diagihkan dalam bentuk dividen dan disimpan untuk kegunaan akan datang seperti pelaburan) dan pendapatan premium (perbezaan antara harga saham yang ditawarkan dengan harga saham di pasaran).
Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan.
Modal hutang
Dikenali pembiayaan berasaskan aset kerana usahawan perlu menyediakan aset seperti bangunan sebagai cagaran atau sandaran untuk mendapatkan pinjaman.
Diperoleh daripada sumber seperti bank komersil (bank perdagangan), syairkat kewangan, atau agensi kerajaan seperti MARA.
Perlu dibayar balik dengan faedah.
Contoh: Pinjaman berpenggal, overdraf, pusingan kredit dan kredit perdagangan .
Modal yang dibiayai melalui pinjaman.
Modal hutang mungkin berbentuk jangka pendek atau jangka panjang.
Modal teroka
Membeli ekuiti dalam perniagaan yang dimulakan oleh usahawan.
Merupakan perkongsian jangka sederhana iaitu 3 hingga 6 tahun.
Modal yang disumbangkan oleh pemodal teroka seperti syarikat, badan professional atau orang kaya yang memberikan sumbangan modal pertumbuhan, perniagaan baru atau teknologi baru kepada usahawan.
Pelaburan dibuat oleh pemodal teroka dengan mengambil kira perkara seperti jangkaan pulangan yang diperoleh, adakah boleh menarik diri daripada perniagaan tanpa sebarang sekatan, pasukan pengurusan yang menguruskan perniagaan usahawan, ciri keistimewaan produk usahawan iaitu barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan ialah unik, serta perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang.
Sumber modal
Sumber modal tidak formal
Tidak melibatkan proses
permohonan dan
pendokumentasian
yang rumit.
Rakan
Keluarga dan saudara mara
Simpanan peribadi
Sumber modal formal
Bantuan kerajaan
MARA
SME Bank
TEKUN
Pelabur
Individu atau syarikat yang membeli saham syarikat.
Bank komersil
Pinjaman berpenggal iaitu pembiayaan jangka panjang antara 3 hingga 10 tahun yang memerlukan cagaran atau penjamin yang boleh dibayar balik secara ansuran.
Di anatar faktor yang diambilkira oleh bank sebelum meluluskan pinjaman ialah karakter, kapasiti, modal, sandaran dan keadaan ekonomi.
Pinjaman overdraf iaitu usahawan diberi hak untuk mengeluarkan wang lebih daripada baki dalam akaun bank.