Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Malaysia dalam Perkembangan Revolusi Industri Semasa - Coggle Diagram
Malaysia dalam Perkembangan Revolusi Industri Semasa
Revolusi Industri 1.0
Penemuan enjin wap
Spinning Jenny - direka oleh James Hargreaves, dicipta oleh James Watt pada tahun 1769 (Rubenstein, 2011)
Mesin mula digunakan
Mengeluarkan tenaga yang lebih efisien
Tercetus pada abad ke-18 (1760-1830)
Bermulanya sistem kilang moden
Meningkatkan kuantiti pengeluaran
Masyarakat yang sebelumnya bergantung kepada sektor pertanian sepenuhnya telah beralih ke sektor perindustrian yang jauh lebih menguntungkan (Charles, 2000).
Revolusi Industri 3.0 (Revolusi Digital)
Era digitalisasi dan automatisasi
Proses penghasilan bahan berlaku dengan lebih baik dengan bantuan mesin dan komputer
Mewujudkan pengetahuan baharu
Berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai salah satu tonggak utama (Ismail Sualman, 2018)
Pada pertengahan tahun 90-an, hasil penciptaan jaringan Internet telah menjadi tonggak utama perubahan menerusi perkembangan sistem satelit yang telah dihasilkan dan juga jaringan perhubungan yang lain seperti telefon, fiber optik serta teknologi tanpa wayar (Stewart, 2008)
Kemajuan dari aspek sosial dalam masyarakat turut mengalami perubahan seperti bidang fotografi, penerbitan, perfileman, muzik dan aplikasi yang yang memungkinkan seluruh negara mengalami jaringan teknologi tersebut sehingga mampu mewujudkan suasana Euphoria yang mengalu-alukan kehadiran ‘dunia tanpa sempadan’ (Abdul Rahman, 2000).
Beza 3.0 dengan rovolusi industri sebelumnya
Wujudnya kepakaran yang semakin berkembang sehingga manusia dapat mencipta alatan yang lebih canggih, kapastiti pengeluaran yang semakin meningkat, pengukuhan tahap perkhidmatan semakin dititikberatkan, pasaran global semakin meluas serta paradigma perindustrian berubah daripada perkilangan tradisional kepada perkilangan industri yang menggunakan teknologi pembuatan yang canggih dan fleksibel
Perdagangan antarabangsa dengan negara-negara membangun juga mula berkembang sehingga mampu meningkatkan eksport negara
Fokus utama ialah komunikasi dan sumber tenaga
Menjadi fokus kerana faktor utama berlakunya perubahan dalam setiap tahap revolusi adalah disebabkan tercetusnya gabungan teknologi komunikasi dan tenaga
Contohnya, media komunikasi seperti akhbar, majalah atau buku pada Revolusi Perindustrian 1.0 ditransformasikan kepada penciptaan media komunikasi telefon dan komunikasi tanpa wayar kesan perkembangan bidang elektrik pada Revolusi Perindustrian 2.0 (Knox & McCarthy, 2005)
Tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin, ombak, biojisim, hidro dan geoterma mula diberikan tumpuan di Eropah
Tenaga ini memberi kesan yang positif khususnya kepada ekonomi dan alam sekitar
Kesan Revolusi Perindustrian ini telah menyebabkan wujudnya perniagaan-perniagaan baharu serta peluang pekerjaan yang semakin meningkat (Waghorn, 2011).
Revolusi industri 2.0
Kemunculan penemuan baharu seperti tenaga kuasa, bahan kimia dan perubatan
Penemuan Elektrik
Digunakan secara meluas
Kemunculan ciptaan seperti kereta api, rangkaian telegraf, bekalan air yang mencukupi serta sistem kumbahan yang sistematik (Stewart, 2008)
Kemunculan penciptaan bahan kimia
Penciptaan kapal selam, telegraf, basikal
Berlakunya kadar mortaliti atau kematian yang semakin menurun kesan daripada kemajuan dari aspek perubatan dan kesihatan (Mokyr, 1998)
Bermula 1870-1914
Pengeluaran meningkat dengan signifikan
Kos upah bagi tenaga kerja buruh dan taraf hidup rakyat meningkat
Merubah dunia terutama dari aspek pengangkutan, binaan bangunan, produk sintetik seperti plastik serta proses pembandaran mula berlaku
Revolusi Industri 4.0
Mewujudkan Dasar Kebangsaan mengenai IR 4.0
Membantu syarikat untuk menilai kemampuan dan kesediaan mereka untuk mengunakan teknologi industri 4.0
Menimbangkan kewujudan 'Smart Factory'
Dalam tempoh 2018 hingga 2025
Membabitkan pembangunan industri bagi mengadaptasi penggunaan teknologi dalam organisasi
Digalakkan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan
PKS terbabit lebih bersedia untuk menerima dan menyerap teknologi baharu
Membantu meningkatkan produktiviti selain dapat membangunkan dan meningkatkan taraf PKS di Malaysia
Membabitkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan teknikal serta industri bagi pembangunan bakat dan bidang teknologi, digital dan kejuruteraan.
Menyediakan graduan tersedia untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar.