5.1 Pengenalan kepada asas pemasaran

Pemasaran bukan hanya tentang jualan, tetapi juga melibatkan urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk,kualiti produk,perletakan harga,pengagihan produk,pembungkusan, dan urusan selepas jualan

Definisi

Elemen-elemen pemasaran

Keperluan

-merupakan asas kepada kehidupan manusia seperti makanan dan pakaian

Kehendak

-merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta cita rasa individu

Permintaan

-Apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli, kehendak bertukar menjadi permintaan

Produk/Perkhidmatan

Produk=barang yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian,milikan atau kegunaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
Perkhidmatan=. Aktiviti yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu

Nilai

-biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan

Kepuasan

-bergantung kepada keupaaan sesuatu produk untuk mencapai jangkaan yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau servis
-Kepuasan=kualiti produk

Pertukaran

-pertukaran nilai antara pihak
-2 syarat pertukaran:
1) dua pihak mesi terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan
2) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing

Urus niaga

-merupakan tindakan dalam mendapat kan sesuatu yang dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan
-Urus niaga melibatkan:
1.Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak

  1. Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada pihak lain
  2. Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat penghantaran
  3. Satu pihak berhak untuk menerima atau menol tawaran dari pihak lain
  4. Kedua-dua piha mempunyai keyakinan dan kepercayaan antara satu sama lain

Pasaran

-merupakan satu set bakal pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk