Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN GLOBALISASI DAN CABARANNYA TERHADAP TAMADUN, Jujur - Coggle Diagram
KESAN GLOBALISASI DAN CABARANNYA
TERHADAP TAMADUN
a) SINOPSIS VIDEO 1
Sekumpulan remaja lelaki berbangsa India berpakaian ala-ala Hip Hop. Ketika mereka sedang beramah mesra dengan sekumpulan remaja perempuan, Muniandy telah terserempak dengan neneknya. Mereka kemudiannya didatangi oleh nenek tersebut. Nenek Muniandy bertanya nama rakan cucunya. Rakan Muniandy memberitahu bahawa namanya Sam berulang kali. Setelah disoal siapa nama penuhnya, Sam menjawab namanya ialah Muthusamy Karupiah. Mereka tersimpul malu kerana perbualan tersebut didengari kumpulan remajaperempuan tadi. Si nenek mengirim murungakai kepada ibu Muniandy dan kemudiannya pulang. !
Sindiran
Sindiran sosial yang tersirat pada video 1
i) Bersyukur dan berbangga dengan nama asli yang diberikan kepada kita
ii) Mudah lupa asal usul
iii) Mengekalkan imej berpakaian mengikut tamadun awal bangsa India
iv) Mudah terpengaruh dengan budaya tamadun barat
v) Mengutamakan nilai materialistik
vi) Pengamalan budaya hedonisme
vi) Kumpulan remaja perempuan berpakaian seksi dan menjolok mata
Menyatakan babak
berkaitan globalisasi
Muniandy dan 3 lagi rakannya berpakaian Hip Hop. Imej tersebut tidak melambangkan tamadun dan budaya India yang sebenar. Impak daripada asimilasi, akulturasi dan difusi dalam pelbagai budaya
Gaya percakapan mereka juga pada awalnya tidak menunjukkan budaya masyarakat India. Mereka juga tidak bertutur menggunakan Bahasa Tamil tetapi Bahasa Inggeris
Muniandy cuba mengelakkan diri apabila sedar neneknya sedang memperhatikannya. Hilangnya sifat dan semangat kekeluargaan
Kumpulan remaja perempuan berpakaian seksi dan menjolok mata bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India yang mementingkan pakaian yang menutup aurat bagi perempuan muslim, selesa dan bersopan bagi masyarakat Cina, dan Masyarakat India mengenakan sari sebagai pakaian rasmi kaum India yang dikaitkan dengan agama Hindu.
Rakan Muniandy telah menukar namanya kepada panggilan yang lebih singkat dan kedengaran moden iaitu ‘Sam’. Walhal, nama sebenarnya ialah Muthusamy Karupiah. Nenek berpendapat nama itu sangat sesuai dan lebih berkat kerana pada masyarakat India Mutuhusamy bermaksud ketuhanan
Nenek Muniandy masih tidak lupa dengan makanan tradisional masyarakat India iaitu murungakai. Nenek berpesan untuk memberikan murungakai yang dibeli dari pasar malam itu kepada ibu Muniandy.
Muniandy, Muthusamy dan rakan yang lain melayan nenek dengan sopan dan mengakhiri perbualan dengan beradab. Masyarakat India mementingkan aspek hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam.
Perbezaan nilai-nilai murni yang hampir dilupakan dalam video 1 dan 2 berbanding nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu
Video 2 ;
-Menjaga ikatan tali -persaudaraan
-Mengekalkan tradisi kekeluargaan
-Berbudi Bahasa
-Jujur
-Hormat Menghormati
Menghargai Alam Sekitar
Video 1 ;
-Berpakaian sopan
-Pemalu,
-Mengekalkan Jati Diri
-Semangat setia Kawan
-Kepercayaan Dalam Agama
-Berbudi Bahasa
b) SINOPSIS VIDEO
2
Mengisahkan dua orang sepupu, Hariz dan Naim yang bertemu ketika cuti persekolahan. Hariz yang terbiasa dengan kehidupan moden berasa terganggu dan bosan kerana telah terbiasa menghabiskan masa dengan gadjet. Disebabkan ketiadaan rangkaian internet, barulah beliau menghabiskan masa bergaul dan bermain dengan adik sepupunya. Hariz mendapat pengalaman baru bermain permainan tradisional dan menghabiskan cuti di kampung dengan penuh keseronokan. Naim sebenarnya pintar kerana bertindak menyembunyikan modem rangkaian internet dari pengetahuan Hariz kerana mencari peluang untuk berinteraksi dengan Hariz.
Sindiran
i) Hubungan kekeluargaan lebih penting dari segala unsur kebendaan
ii) Yang lebih kecil usianya kadangkala lebih bijak daripada yang berusia
iii) Terlalu leka dengan gadjet sehingga malas untuk membantu sesuatu kerja
iv) Sifat sombong hanya merugikan diri sendiri
v) Arus kemodenan yang dikecapi kadangkala membuat kita lupa kepada asal usul
vi ) Permainan tradisional mengembangkan kecerdasan kinestetik
Menyatakan babak
berkaitan globalisasi
Hariz lebih gemar mengutamakan nilai materialistik darpada hubungan kekeluargaan
Hariz terlalu leka dengan arus kemodenan hingga lupa kepada permainan tradisional
Hariz mengamalkan unsur hedonisme dengan beranggapan melayari internet dapat meluangkan masa dengan berfaedah
Hariz teruja apabila dapat meneroka alam sekitar. Sedangkan sebelum ini Hariz gemar bermain permainan dalam telefon bimbit
Naim tidak berlaku jujur apabila Hariz bertanya tentang rangkaian WiFi kerana terpaksa melakukannya demi menarik perhatian sepupunya
Video Pilihan*
:check:
Saya memilih video 1 sebagai yang memberi kesan kepada saya. Ini berdasarkan justifikasi berikut :
Memberi kesan kepada
a) Politik
b) Ekonomi
c) Budaya
d) Remaja
e) Pendidikan
f) Sejarah TITAS
Contoh kesan kepada Budaya mengikut cara Barat ;
a) Pergaulan bebas
b) Pemakaian
c) Pemakanan keluaran Barat
d) Hiburan
e) Dunia lakonan dan pembikinan filem
f) Majlis sosial
Jujur