Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANALISIS ITEM DAN INTERPRETASI DATA - Coggle Diagram
ANALISIS ITEM DAN INTERPRETASI DATA
JENIS PERWAKILAN GRAF
Histogram
Poligon
Ogif
UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
Min
Purata skor
Mod
Skor yang paling kerap daripada satu set skor
Median
Skor di tengah bagi satu set skor. Skor-skor perlu disusun dahulu mengikut tertib menaik atau menurun
SISIHAN PIAWAI
Merujuk kepada ukuran yang berkaitan dengan sebarang satu set skor
Bagi skor terkumpul, formula untuk mengira sisihan piawai adalah hampir sama dengan formula bagi skor tidak terkumpul. Perbezaannya hanya dalam penggunaan skor titik tengah bagi setiap selang kelas
Nilai sisihan piawai menunjukkan bagaimana skor ditaburkan iaitu betapa luas perbezaan skor antara murid
Nilai sisihan piawai yang besar menunjukkan bahawa skor sangat berbeza antara satu sama lain iaitu taburan skor lebih luas (heterogen). Sisihan piawai yang kecil pula menunjukkan bahawa skor tidak jauh beza antara satu sama lain (homogen)
GRAF NORMAL
Jika skor murid bertaburan normal, graf normal berbentuk lengkung seperti loceng
Semakin jauh skor daripada min, semakin kurang bilangan murid yang memperoleh skor tersebut. Jika pencapaian murid bertaburan normal, nilai min, mod dan median adalah sama
Kadangkala graf normal berpencong akan terhasil.
Soalan terlalu mudah atau murid terlalu pandai akan menghasilkan graf berpencong negatif
Soalan terlalu sukar atau murid kurang pandai akan menghasilkan graf berpencong positif
SKOR PIAWAI
Digunakan untuk membandingkan kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid yang lain
Skor Z melibatkan nilai perpuluhan dan nilai negatif. Sebaliknya skor T hanya melibatkan nombor bulat positif
Semakin tinggi nilai skor Z, semakin baik pencapaian seseorang murid itu
PELAPORAN DATA PENTAKSIRAN
Bermaksud penyampaian maklumat pentaksiran tentang pencapaian dan perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap
Dilakukan secara berkala
Tujuan pelaporan data pentaksiran
Memaklumkan pencapaian murid
Memaklumkan kekuatan dan kelemahan murid
Mengenalpasti kekurangan bahan sokongan untuk aktiviti pembelajaran
Kaedah pelaporan
Data pentaksiran boleh disampaikan melalui pelbagai jens rekod, misalnya melalui laporan kemajuan, senarai semak kemahiran, rekod prestasi, rekod anekdot, cuku catatan guru, sijil penghargaan dan rekod profil