Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANALISI ITEM DAN INTERPETASI DATA - Coggle Diagram
ANALISI ITEM DAN INTERPETASI DATA
Statistik Asas
Cara untuk memproses skor mentah menggunakan penyusunan skor, skor terkumpul, jadual kekerapan, graf seperti ogif dan histogram serta pangkat persentil.
Konsep ukuran kecenderungan memusat serta mengira tiga jenis ukuran tersebut, iaitu min, mod dan median.
Cara mengira dan memahami konsep sisihan piawai bagi satu set data untuk memahami konsep graf normal dan skor piawai.
Jadual Kekerapan
Kekerapan atau frekuensi merujuk kepada bilangan orang murid yang mendapat sesuatu skor tertentu
Skor Terkumpul
Taburan skor juga boleh diproses dengan mengumpulkan skor-skor ke dalam kumpulan skor yang disebut selang kelas
Perwakilan Graf
Histogram
Poligon
Ogif
Ukuran Kecenderungan Memusat
Mod
Mod merujuk skor yang paling kerap daripada satu set skor.
Min
Purata kekerapan
Median
Median pula merujuk skor di tengah apabila bilangan skor adalah ganjil atau purata kedua-dua skor di tengah apabila bilangan skor adalah genap. Bagi menentukan median, skor-skor perlu disusun dahulu mengikut urutan menaik atau menurun.
Sisihan Piawai
Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor.
Bagi skor terkumpul, formula untuk mengira sisihan piawai adalah hampir sama dengan formula bagi skor tidak terkumpul. Perbezaannya hanya dalam penggunaan skor titik tengah bagi setiap selang kelas.
Nilai sisihan piawai menunjukkan bagaimana skor ditaburkan, iaitu betapa luas perbezaan skor antara murid. Justeru, sisihan piawai merupakan ukuran bagi variabiliti skor.
Nilai sisihan piawai yang besar menunjukkan bahawa skor sangat berbeza antara satu sama lain, iaitu taburan skor adalah lebih luas (heterogen). Sebaliknya, nilai sisihan piawai yang kecil menunjukkan bahawa skor-skor tidak jauh berbeza antara satu sama lain (homogen).
Dalam erti kata yang lain, nilai sisihan piawai yang besar menunjukkan bahawa pencapaian murid sangat berbeza, manakala nilai yang kecil menunjukkan pencapaian murid yang hampir seragam.
Graf Normal
Jika skor murid bertaburan normal, graf normal adalah berbentuk lengkung seperti loceng.
Kawasan di bawah lengkung tersebut mewakili kesemua skor dan 50% daripada skor berada di atas min. Selain itu, 34.13% skor berada tidak lebih daripada satu sisihan piawai di atas min dan 34.13% berada tidak kurang daripada satu sisihan piawai di bawah min.
Semakin jauh skor daripada min, semakin kurang bilangan murid yang memperoleh skor tersebut. Jika pencapaian murid bertaburan normal, nilai min, median dan mod adalah sama.
Akan tetapi, kadang kala, graf normal berpencong terhasil. Hal ini kerana, soalan yang disediakan terlalu mudah atau murid terlalu pandai. Dalam kes ini, graf berpencong negatif dihasilkan.
Dalam graf sedemikian, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat, nilai min adalah paling kecil dan nilai mod paling besar.
Sebaliknya jika soalan ujian terlalu sukar atau murid kurang pandai, graf berpencong positif akan dihasilkan.
Dalam graf sedemikian, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat, mod mempunyai nilai terkecil manakala min mempunyai nilai terbesar.
Skor Piawai
Skor piawai digunakan untuk membandingkan kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid yang lain.
Skor piawai dapat menunjukkan kedudukan seseorang murid dari segi bilangan sisihan piawai skor murid berada daripada min.
Dua skor piawai yang biasa digunakan ialah skor-z dan skor-T.
Semakin tinggi nilai skor-z maka semakin baik pencapaian seseorang murid itu.
Semakin tinggi nilai skor-z maka semakin baik pencapaian seseorang murid itu.
Skor-z melibatkan nilai perpuluhan dan nilai negatif. Sebaliknya skor-T hanya melibatkan nombor bulat positif.
Oleh itu, skor-T memudahkan guru membaca dan menginterpretasi skor murid.
Perbezaan di atas adalah disebabkan taburan skor-T mempunyai nilai min 50 dan sisihan piawai 10 manakala taburan skor-z mempunyai nilai min 0 dan sisihan piawai 1.
Pelaporan Data Pentaksiran
Pelaporan data pentaksiran bermaksud penyampaian maklumat pentaksiran tentang pencapaian dan perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap.
Pelaporan ini biasa dilakukan secara berkala.
Tujuan pelaporan data pentaksiran:
Memaklumkan pencapaian murid
Memaklumkan kekuatan dan kelemahan murid
Mengenal pasti kekurangan bahan sokongan untuk aktiviti pembelajaran