Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Analisis Item dan interpretasi data - Coggle Diagram
Analisis Item dan interpretasi data
Hasil pembelajaran
Menghuraikan tujuan membuat pelaporan data pentaksiran serta kaedah pelaporan
Menerangkan konsep analisis item, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item serta analisis distraktor
Menganalisis skor mentah dengan menggunakan penyusunan skor, jadual kekerapan, skor terkumpul, perwakilan graf dan pangkat persentil
Menerangkan konsep asas statistik : min, mod, mediam, sisian piawai dan skor piawai
Statistik Asas
Cara untuk memproses skor mentah menggunakan penyusunan skor, skor terkumpul, jadual kekerapan, graf seperti ogif dan histogram serta pangkat persentil.
Konsep ukuran kecenderungan memusat serta mengira tiga jenis ukuran tersebut, iaitu min, mod dan median
Cara mengira dan memahami konsep sisihan piawai bagi satu set data untuk memahami konsep grad normal dan skor piawai.
Skor terkumpul
Taburan skor boleh diproses dengan mengumpulkan skor-skor dalam kumpulan skor yang disebut selang kelas.
Jadual Kekerapan
Kekerapan arau frekuensi merujuk kepada bilangan orang murid yang mendapat sesuatu skor tertentu.
Perwakilan ogif
Kekerapan taburan longgokan boleh diwakili dengan graf yang disebut lengkungan kekerapan loggokan atau ogif.
Ogif juga boleh digunakan untuk menganggarkan titik persentil dan pangkat persentil.
Maklumat yang boleh diperolehi di dalam graf ogif ialah anggaran bilangan murid yang mendapat markah kurang daripada sesuatu skor dan anggaran markah lulus jika diberikan bilangan murid yang gagal
Graf Normal
Graf berpencong negatif terhasil apabila soalan yang disediakan terlalu mudah atau murid terlalu pandai
Graf berpencong positif pula akan terhasil apabila ujian terlalu sukar atau murid kurang pandai.
Jika skor murid bertaburan normal, graf normal adalah berbentuk lengkung seperti loceng
Semakin jaug skor daripada min, semakin kurang bilangan murid yang memperoleh skor tersebut. jika pencapaian murid bertaburan normal, nilai min, median dan mod adalah sama.
Skor Piawaian
Digunakan untuk membandingkan kdedudukan seseorang murid berbanding dengan murid yang lain
Skor piawaian dapat menunjukkan kedudukan seseorang murid dari segi bilangan sisihan piawaian skor murid berada daripada min
Semakin tinggi nilai skor, maka semakin baik pencapaian seseorang murid itu
Pelaporan Data Pentaksiran
Pelaporan ini bermaksud penyampaian maklumat pentaksiran tentang pencapaian dan perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap.
Tujuan pelaporan data pentaksiran
Memaklumkan pencapaian murid
Memaklumkan kekuatan dan kelemahan murid
Mengenalpasti kekurangan bahan sokongan untuk aktiviti pembelajaran
Kaedah Pelaporan
Data pentaksiran boleh disampailan melalui pelbagai jenis rekod, misalnya laporan kemajuan, senarai semak kehadiran, rekod prestasi, rekod anekdot, buku catatan guru, sijil penghargaan dan rekod profil.
Analisis Item
Analisis item melibatkan penggunaan teknik dan prosedur tertentu untuk menentukan mutu soalan (item) dalam sesuatu ujian yang telah ditadbir
Kepentingan analisis item :
Mengizinkan seorang pendidik memperbaiki mutu ujian
Mengenalpasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
Pembinaan item bank
Indeks Kesukaran Item
Kesukaran sesuatu item didefinisikan sebagai kadaran murid dapat menjawab item itu dengan betull.
Indeks Diskriminasi Item
Keupayaan item itu membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian rendah
Analisis Distraktor
Analisis distrator ini bertujuan mengenalpasti distrator yang bermasalah.
Terdapat 3 jenis distraktor yang bermasalah utama :
Distraktor tidak berfungsi
Distraktor tidak dapat mendiskriminasi atau membezakan antara myrid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah
Lebih ramai murid berpencapaian tinggi memilih distrator berbanding murid berpencapaian rendah
Jika distraktor bermasalah, maka distraktor itu perlu diubah suai atau ditukar.
Bank Item
Bank item mengandungi fail-fail item ujian yang disimpan untuk kegunaan pembinaan ujian pada masa hadapan.
item ujian biasanya dikodkan dan disusun mengikut mata pelajaran, tahap pengajaran, topik, objektif pengajaran yang diuji serta ciri-ciri lain seperti kesukaran item dan indeks diskriminasi item
Dalam era ini, penggunaan TMK memudahkan pembinaan dan pengurusan bank item dengan cekap